LTAT Semakin Tenat, Menteri Berkaitan Jangan Tidur
LTAT Semakin Tenat, Menteri Berkaitan Jangan Tidur
Bukan setakat kedudukan kewangan, tetapi pentadbiran Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) juga berada dalam keadaan kritikal.
Bermula dengan perletakan jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO), Ahmad Nazim Abd Rahman pada 31 Januari lepas.
Ia diikuti pula oleh pengerusinya, Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang meletak jawatan pada 8 Februari 2024.
Disusuli pula oleh Pengarah Kanan Strategik LTAT, Dayana Rogayah Omar, pada 19 Februari lalu.
Lebih menghairankan apabila Menteri Pertahanan, Khaled Nordin, menjelaskan tiada isu mengenai Raja Mohamed Affandi meletak jawatan.
Kalau tiada isu mengenai perletakan jawatan Pengerusi LTAT, bagaimana pula dengan perletakan jawatan CEO dan Pengarah Kanan Strategik LTAT.
Adakah Khaled menganggapnya tidak ada isu juga?
Apa sebenarnya yang sedang berlaku dengan LTAT?
Dan mengapa pula Khaled dilihat seperti cuba menyembunyikan penyakit sebenar LTAT?
Masalah Kewangan LTAT
Ahmad Nazim dikatakan meletak jawatan selepas berasa bimbang dengan keputusan untuk menangguhkan Pelan Strategik LTAT 2023-2025 (Mampan 25).
Mampan dilancarkan pada 13 Julai 2023 oleh menteri pertahanan ketika itu, Mohamad Hasan.
Ia menjadi hala tuju baru LTAT menghadapi cabaran ekonomi.
Mampan 25 dijangka dapat melindungi kebajikan sosial para pencarum.
Dan menjadi pemangkin transformasi ke arah sebuah kumpulan wang simpanan yang mampan.
Ia mempunyai empat teras terdiri daripada:
- Pertumbuhan
- Ketahanan
- Impak
- Kepercayaan
Keempat-empat teras itu berlatar belakang komitmen untuk mengurus wang persaraan anggota tentera dengan lebih baik.
Ahmad Nazim bimbang penangguhan tersebut bakal menimbulkan risiko besar kepada kunci kira-kira LTAT.
Penjualan Bousted Plantations Bhd
Pada Sept 2023 LTAT dikritik oleh wakil rakyat pembangkang ekoran keputusan badan berkanun itu menjual Boustead Plantations Bhd (Boustead Plantations).
Menteri Pertahanan ketika itu, Tok Mat Hasan berkata penjualan Boustead Plantation adalah perlu bagi meningkatkan kecairan aset LTAT.
LTAT sebagai pengurus dana pencen untuk angkatan tentera ketika itu mempunyai kecairan aset kurang daripada 20 peratus.
Ia berlaku kerana lembaga dana meletakkan 56% pelaburannya ke dalam Boustead Holdings Bhd (Boustead Holdings) yang merupakan syarikat induk Boustead Plantations.
Dengan meletakkan sebahagian besar pelaburannya dalam satu bakul, LTAT berdepan risiko besar sekiranya apa-apa berlaku kepada Boustead.
Penjualan tersebut juga akan membantu LTAT meningkatkan kecairan asetnya kepada lebih 60 peratus.
Sehingga kini menteri pertahanan semasa, Khaled Nordin masih tidak memberi sebarang kenyataan rasmi berhubung krisis yang berlaku dalam LTAT.
Satu-satunya kenyataan dari beliau hanyalah mengesahkan Mohamed Affandi meletakkan jawatan itu secara sukarela.
Ketika ini terdapat seramai 116,456 anggota ATM dengan 110,792 anggota aktif.
Kebajikan mereka semua selepas bersara bergantung sepenuhnya kepada LTAT.
Jadi, Khaled Nordin jangan tidur!!!
LTAT Semakin Tenat, Menteri Berkaitan Jangan Tidur
Di Syorkan Untuk Anda:
- Tok Mat Hasan Akan Ke ICJ Untuk Berhujah Mengenai Palestin
- Nga Kor Meng Mesti Berhenti Timbulkan Isu Kontroversi
- Rafizi Mencipta Helah Dengan Menetapkan Tajuk Debat 1MDB