UMNO Masih Jadi Igauan Pihak Lawan

 

Oleh – Bakhtiar Omar



UMNO terus menerus menjadi igauan kepada pihak lawan yang tidak menyenangi kebangkitan parti tersebut selepas 8 Mei 2018.

Selepas dilanda kontroversi berkaitan peraturan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 6 Ogos lalu, menetapkan keputusan MKT UMNO menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan adalah tidak sah.

Bagaimanapun pada 30 Ogos, ROS membatalkan arahan terdahulu dan memaklumkan keputusan MKT UMNO membuat penangguhan pemilihan 2021/2023 adalah mengikut peraturan.

Rujukan – https://www.msn.com/en-my/news/berita/ros-buat-pusingan-u-keputusan-umno-tangguh-pemilihan-kini-sah/ar-AANU7oY



Oleh demikian, pemilihan jawatan Umno untuk MKT, bahagian dan cawangan adalah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kepada ROS iaitu sebelum 29 Disember 2022.

Sebalik keputusan yang dibuat ROS, ada pula cubaan mengaitkan UMNO dengan keputusan yang telah dibuat ROS.

Menurut SPRM, pihak mereka menerima aduan terhadap seorang pegawai kanan ROS atas kesalahan salah guna kuasa dan rasuah.

Individu terbabit dikaitkan dengan keputusan ROS mengubah keputusan yang dibuat pada 6 Ogos terhadap UMNO.



 

 

Nampaknya serangan bagi menguburkan UMNO masih belum tamat. Ada pihak yang tidak senang hati selagi tidak dapat ‘menguburkan’ UMNO dari arus perdana politik negara.



Sampai bila mahu mengaitkan UMNO dengan unsur tidak sihat apabila ada keputusan yang tidak mengikut apa dikehendaki ‘mereka’?

Seringkali ‘mereka’ mengatakan UMNO sudah mati sebaik sahaja BN kalah pada PRU14.

Tetapi sebaliknya yang berlaku apabila BN terus mara dalam PRK sehingga membuatkan Pakatan Harapan berasa gentar.

Begitu juga dengan PPBM yang akhirnya terpaksa meminta ‘talian hayat’ daripada BN untuk membentuk Perikatan Nasional. 



Walau PN hanya 17 bulan dapat bertahan, BN (UMNO) masih tetap kukuh dan diperlukan untuk mentadbir negara dengan efisien.

Hakikat yang perlu diakui oleh mana-mana parti politik, UMNO bukan sebuah parti yang mudah untuk ‘dimatikan’ walau ketika ‘mereka’ berkuasa sepenuhnya.

Kepada ‘mereka’ yang mahu mematikan langkah UMNO, seharusnya memikirkan nasib parti sendiri yang kian suram kerana tidak mampu menandingi rekod cemerlang BN (UMNO) mentadbir Malaysia selama 60 tahun dengan baik.

Gugurkan Menteri Tidak ‘Perform’ Selepas 100 Hari



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button