Mahasiswa PKR ‘umum’ perang dengan kem Najib Razak

Oleh – Bakhtiar Omar


Mahasiswa PKR 'umum' perang dengan kem Najib Razak

Ketua Penerangan Mahasiswa Keadilan Malaysia, Wan Abdul Hadi telah mengumumkan perang terhadap kem Najib Razak di dalam Kerajaan Madani.



Wan Hadi membayangkan apa yang beliau dakwa sebagai ‘Kem Najib Razak’ telah melakukan sabotaj dan merosakkan Kerajaan Madani menerusi pelbagai cara.

Beliau bercakap mengenai ‘Kem Najib Razak’ tetapi dalam masa sama menuding Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Salleh sebagai punca yang merosakkan imej Kerajaan Madani.

Mahasiswa PKR 'umum' perang dengan kem Najib Razak

Wan Hadi perlu bertenang dan menerima hakikat, Menteri yang dilantik dari kalangan Pakatan Harapan sebenarnya bergantung harap kepada Menteri dari Barisan Nasional.



Ini kerana pengalaman serta usaha tanpa henti sejak memerintah selama 60 tahun oleh Kerajaan BN tidak ada dalam Pakatan Harapan. 

Toleh sebentar kepada rekod PH1.0 pada 2018-2020, apa yang boleh dibanggakan Wan Hadi sebagai Ketua Penerangan Mahasiswa Keadilan?

Bolehkah Wan Hadi berbangga dengan kadar tukaran Ringgit hari ini? Atau setidaknya berbangga dengan harga beras super import yang menggantikan beras tempatan yang ‘hilang’ dari pasaran?

Atau Wan Hadi boleh berbangga dengan ‘janji-janji’ yang populis?



Realiti sekarang, rakyat adalah ‘RAJA’ kepada semua ahli politik dan ahli politik wajib memberi khidmat kepada rakyat sebaiknya.

Jika ada kelemahan Menteri dalam urustadbir yang perlu ditegur, itulah yang dilakukan Ketua Pemuda Umno sebagai ‘Check and Balance’ untuk Kerajaan itu sendiri.

Jangan buka ruang kepada pembangkang untuk menjadi ‘hero rakyat’ kerana risiko akan bertambah menjelang PRU16.

Biarlah dalam lingkungan kerajaan sendiri mengkritik kelemahan atau kekurangan kerajaan dan jalan penyelesaian perlu diambil segera.



Mahasiswa PKR 'umum' perang dengan kem Najib Razak

UMNO, BARISAN NASIONAL TIDAK AJAR RAKYAT ATAU PENYOKONG TURUN KE JALAN RAYA UNTUK DEMONSTRASI

Wan Hadi perlu belajar seni politik dengan lebih baik kerana budaya Umno tidak menyeru rakyat ke jalanan setiap kali tidak berpuashati dengan kerajaan.

Apabila mengusik mengenai ‘Kem Najib Razak’, Wan Hadi menunjukkan kedangkalan beliau dalam berpolitik. Sejak bila Najib Razak menyusun atur politik Kerajaan Madani apabila beliau kini berada di belakang tirai besi Kajang?

Wan Hadi perlu ingat, kem Najib Razak tidak mengusik Anwar Ibrahim tetapi menyokong Kerajaan Madani demi membantu pemulihan ekonomi negara dan rakyat.



Tetapi sekiranya Wan Hadi benar-benar berhajat untuk ‘berperang’ dengan Kem Najib Razak, mungkin akan ada yang menyahut dengan keras dan jangan salahkan pihak lain kerana ia dimulakan oleh Ketua Penerangan Mahasiswa Keadilan itu sendiri.

Adakah Mahasiswa Keadilan ini mendapat ‘PERINTAH’ dari Timbalan Presiden PKR yang kini sedang digasak oleh netizen dan rakyat Malaysia berikutan KEGAGALAN beliau selaku Menteri Ekonomi?

@wanzz.official2

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading