Suspek dua kes bunuh direman seminggu

Oleh – Syeikh Baran


Suspek dua kes bunuh direman seminggu
Seorang pemandu lori yang membunuh kekasihnya dengan cara menolak dari tingkat 23 sebuah kondominium dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam. Foto AFIQ RAZALI

Dua suspek lelaki bagi dua kes bunuh berasingan di daerah ini direman masing-masing selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, tempoh reman itu diperoleh pihaknya daripada Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi.



Jelas beliau, dua lelaki berusia 33 dan 37 tahun itu masing-masing melibatkan kes membunuh ibu serta teman wanita.

“Mahkamah membenarkan tempoh reman ke atas mereka bermula hari ini sehingga 6 Mac depan (Rabu). Siasatan lanjut dua kes itu masih dijalankan pihaknya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang tukang gunting rambut bertindak luar kawalan apabila mengamuk sebelum membunuh ibu kandungnya selepas berlaku perselisihan faham antara mereka di rumah mereka di Kampung Jawa dekat sini, semalam.

Selang hampir 12 jam kemudian, seorang wanita warga Thailand pula terbunuh selepas ditolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam dalam kejadian kira-kira pukul 10.02 malam tadi.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button