Arash Mohamad nafi cucuk botoks
Oleh – Syeikh Baran
Pelakon Arash Mohamad menafikan dakwaan segelintir pihak dia mengambil suntikan botoks semata-mata untuk kelihatan awet muda.
Arash atau nama lengkapnya Azman Shah Ramlee, 55, berkata, dia tidak mungkin melakukan rawatan tersebut kerana sangat dia takut kepada jarum suntikan.
“Realitinya, saya manusia paling takut dengan jarum, jadi macam mana nak suntik botoks? Sebenarnya tiada apa-apa rawatan, cuma amalkan sentiasa senyum dan elak diri daripada berasa stres.
“Lagipun dahulu memang saya aktif berbasikal dan tidak mengambil sebarang makanan segera. Nasib baik sekarang musim boikot, memang saya tidak jejak langsung restoran berkaitan,” katanya kepada HibGlam.
Tidak melatah dengan dakwaan tersebut, pelakon filem Kerat 14 itu bersyukur dan terima kasih kepada orang ramai kerana masih mengambil berat tentang penampilan dan kehadirannya dalam industri.
“Tapi sakit-sakit sendi ke urat ke normal di usia saya ini, saya rasa semua orang akan melalui fasa sama jika umur semakin meningkat memang kena jaga mana yang perlu jaga,” ujarnya pada majlis tayangan siaran langsung episod akhir drama Layang Layang Perkahwinan, baru-baru ini.
Paling utama kata Arash, awet muda atau tidak itu hanyalah pandangan luaran, hakikatnya kesihatan dan cergas tubuh badan pada usia yang bakal mencecah garis 50-an adalah sangat penting .
Sumber – KOSMO! ONLINE