Saya kurang selesa majlis perkahwinan diceroboh

Oleh – Syeikh Baran


Saya kurang selesa majlis perkahwinan diceroboh
SHAKILLA mengakui tidak selesa ada pihak membocorkan berita pernikahannya kepada media dan peminat

Selepas menamatkan teka-teki menamatkan zaman solo, pelakon Shakilla Khoriri tampil meluahkan kekesalan dengan tindakan segelintir pihak yang membocorkan berita pernikahannya semalam.

Majlis pernikahan yang berlangsung secara tertutup di Shah Alam, Selangor, bukan sengaja dirahsiakan pemilik nama lengkap Nurul Shakilla Mohd. Khoriri, 35, itu sebaliknya dia menunggu masa sesuai untuk berkongsi kepada umum.

“Assalamualaikum kepada semua rakan media yang saya hormati dan cintai.



“Saya mohon maaf kepada kalian jika tidak menjawab panggilan atau memberi apa-apa respons berkenaan pernikahan saya.

“Saya sendiri kurang selesa apabila majlis ini ‘diceroboh’ orang luar tanpa meminta izin untuk berkongsi dahulu mengenai pernikahan saya dan suami kepada media dan wartawan sebelum majlis ini berlangsung,” katanya menerusi InstaStory.

Sementara itu, Shakilla yang popular menerusi drama Adam Dan Hawa memilih merahsiakan hari bahagia kepada umum untuk menjaga hati kedua belah pihak keluarga.

“Saya akan kongsi, jawab dan bagi kerjasama tetapi beri kami ruang serta masa. Ada hati kecil yang perlu saya jaga dan utamakan apabila melibatkan ahli baru dalam keluarga kami.



“Meskipun dia orang yang paling teruja dan gembira tetapi saya ada tanggungjawab untuk menerangkan banyak perkara tentang hal ini padanya.

“Dia tetap keutamaan saya dalam ada pun keadaan dan perkara. Amanah Allah pada saya,” ujarnya.

Semalam, Shakilla akhirnya mengesahkan sudah mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang dikenali sebagai Fariz Zulkepley dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam.

Sebelum ini, pelakon dan model itu pernah bernikah dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker