Kenapa PAS “Desperado” mahu bersama UMNO jika yakin tawan semua kerusi UMNO Pada PRU16?  

 

 Oleh Adam  Malik

PAS janda yang meroyan , tidak perlu jadi jurucakap UMNO.

Semakin hari PAS semakin terdesak mahu mencium tangan UMNO semula.

Jika sebelum ini Tuan Ibrahim Tuan Man berlagak sebagai jurucakap UMNO, hari ini Mursyidul Am PAS pula yang lebih sudu dari kuah hidung tak mancung pipi tersorong sorong bercakap bagi pihak UMNO.



Perkara pokok dan asas , apa UMNO hendak buat itu hak UMNO dan ahlinya dan bukan hak PAS untuk jaga tepi kain UMNO.

Jika yakin PAS akan tawan semua kerusi UMNO pada PRU16 , apa sebab pula PAS buat tawaran untuk merujuk kepada UMNO untuk Kembali bersama MuafaKat Nasional?

Katanya UMNO akan hancur dan pupus, tapi kenapa pula PAS yang “Desperado” mahu cium tangan UMNO?

Pasti ada muslihat memadangkan Tun Mahathir adalah penaung PAS dan SG4.



Pada kenyataannya baru baru ini , Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin berkata pada dasarnya majoriti ahli UMNO mahu Muafakat Nasional, hanya segelintir pemimpin UMNO yang ada kepentingan yang menolak MN dan menghalang Kerjasama.

Mungkin ada benarnya kenyataan Datuk Hashim , namun ia dapat diperjelaskan dengan mudah.

Mahukah PAS terima syarat Kerjasama dengan UMNO jika antara syaratnya PAS mesti buang dan pecat Presiden PAS Haji Hadi, Takiyudin dan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim serta Mursyidul AM sendiri dipecat kerana berkerjasama dengan penyamun dan Kluster Mahkamah Parti Bersatu?

Selain itu PAS mesti istiyar tiada kaitan dengan Tun  Mahathir yang kini jadi Kluster mahkamah dengan pelbagai kes yang sedang menanti termasuk Pulau Puteh dan kes harta anaknya.

Maka , jika PAS sanggup sila laksanakan terlebih dahulu.

Pasti mereka mereka ini akan pertahankan diri lalu UMNO juga boleh tuduh mereka hanya menjaga kepentingan dan tembolok mereka sendiri sahaja lalu sukar untuk UMNO berkerjasama.

PAS perlu sedar diri dan matang, jika sendiri tidak sanggup suruh pemimpin yang tercemar undur diri , maka usah sibuk urusan dalaman UMNO.

UMNO Mahu Kerjasama atau tidak itu hak UMNO , bukan hak PAS.

Jika PAS sudah tersepit, usah ‘desperado” seret UMNO bersama.

Imej PAS sekongkol bersama penyamun dan Kluster Mahkamah BERSATU tidak sesuai untuk UMNO.

PAS suruh Presiden UMNO berundur bila didakwa, tapi apabila Presiden Bersatu didakwa, kepalsuan Islam PAS terjojol.

PAS harus muhasabah diri dan amal Islam terlebih dulu sebelum dakyah pihak lain.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker