PAS perlu lantang desak Muhyiddin berundur segera
Oleh Adam Malik
PAS perlu lantang desak Muhyiddin berundur segera
Ketika UMNO dilanda masalah kes yang dihadapi oleh Presiden nya Datuk Ahmad Zahid Hamidi, PAS antara pihak yang perguna isu untuk mendesak DAZH supaya berundur.
Pelbagai alasan dan kenyataan PAS guna untuk beri tekanan supaya ahli UMNO menyingkir PRESIDEN yang enggan akur dengan kehendak Mahathir.
Antara alasan yang diberi adalah UMNO perlu tukar Presiden jika mahu Muafakat Naional terbentuk semula.
PAS juga guna alasan Presiden UMNO adalah Kluster Mahkamah.
Ketika PAS berbuat sedemikian, PAS dibantu oleh segolongan pengkhianat dari UMNO.
Mereka menjadi alat untuk melaksana Hasrat kotor Mahathir yang mahu UMNO dibawa melutut kekaki Muhyiddin melalui Perikatan Naional dan MN dan kemudian akan disurh bubar UMNO untuk diserap kedalam Parti Bersatu.
Begitu lah cara PAS yang konon kononnya berjuang untuk Islam.
Namun, sebaliknya apabila keadaan berubah dan Ahmad Zahid dibebaskan dengan 11 fakta dan hujah dan Muhyiddin Yassin pula didakwa, lain pula pendirian PAS.
PAS yang terkenal dengan hipokrasi dan pendirian berbelit serta dikenali sebagai penunggang agama, tidak langsung menyentuh Muhyiddin.
PAS sedikit pun tidak menyuruh Muhyiddin berundur atau letak jawatan.
Selain bersekongkol dengan Kluster Mahkamah dari Parti Bersatu, PAS juga bersekongkol dengan dua lagi Kluster mahkamah iaitu Tun Mahathir dan Tun Daim.
Dua individu yang bemasalah dengan deklarasi harta sendiri.
Bahkan, PAS masih mahu bertuankan Mahathir yng banyak kes tersabit termasuk menyerah Pulau milik negara kepada jiran dengan Cara bertindak sendiri dan tergesa gesa seolah olah takut kepada jiran.
Terbaru , Muhyiddin disabit semula pada empat kes yang digugurkan kerana kecacatan dakwaan.
Sememang ada kes Cuma dari segi teknikal ada kesilapan dan kekurangan.
Bermakna juga Muhyiddin sudah gelumang dengan banyak kes.
Dipercayai menantu Muhyiddin yang lari keluar negara juga kesnya membabitkan Muhyiddin juga.
Jka menantunya didakwa pasti pada soal siasat menantunya akan memetik nama Muhyiddin, maka itulah sebab dia perlu melarikan diri.
Bebalik semula kepada topik diatas, PAS tidak sesuai mengaku pejuang Islam jika pendirian umpama munafik.
Ketika Presiden UMNO PAS desak undur tetapi bila babit “tuan” kepada PAS, agama ditolak tepi pula tidak berani desak Muhyiddin berundur.
Rakyat dan orang Islam harus perhatikan hipokrasi PAS dalam isu ini.
Ia sangat terang tanpa disuluh.