Takut berdebat , Rafizi bagi banyak alasan.

Oleh Adam Malik

Lontaran di media sosial melalui laman Facebook nya  Rafizi Ramli telah menulis panjang lebar memberi alasan mengapa dia tidak sahut cabaran berdebat dan ber’podcast” dari Lim Sian See berkenaan hal ekonomi.

Pastilah Rafizi takut untuk sahut kerana seperti pendebat UMNO yang lain , mereka sentiasa mengutamakan Fakta.



Fakta di iringi statistik dan laporan, hatta dapat berhujah dengan baik.

Masih ingat kah lagi perdebatan antara Datuk Seri Najib Razak dengan Anwar Ibrahim?

Anwar dilihat tewas dan tidak bersedia ketika mengadap DSNR.

Walaupun Anwar seorang ‘orator” tetapi jika tidak dapat bawa fakta tetap akan tewas juga.



Laporan terkini kita dapat lihat Rafizi memberi pelbagai alasan termasuk kesihatan nya dan juga kedatangan bulan puasa.

Dalam kenyataan sebelum ini Rafizi ada menyebut beliau tidak sabar untuk menjemput Lim Sian See, Dr Puad zarkashi dan juga Isham Jalil untuk berhujah dan beri pendapat di Podcast nya berkaitan ekonomi.



Mereka mereka ini sering mengkritik dan menegur dasar ekonomi bawaan Rafizi.

Maka amat sesuai apabila Rafizi menjemput nereka memberi pandangan mereka secara ilmiah.

Dengan membalas hujah cara ilmiah Rakyat juga dapat membezakan dan belajar membezakan fakta dengan retorik.

Satu waktu dulu  rakyat alpa dengan kisah tabung haji yang dibawa oleh Rafizi akibatnya tergadai banyak ladang Tabung Haji.



Kali ini setelah satu tahun lebih menjadi Menteri Ekonomi, Ringgit merosot teruk ekonomi semakin merudum, baru rakyat sedar Rafizi tiada solusi terhadap masalah ekonomi.

Apa apa Formula nya sekadar untuk menang bual dilaman sosial sahaja tetapi tidak praktikal untuk dilaksanakan.

Maka, usah lah Rafizi mencari alasan, sahut sahaja cabaran di podcast sendiri biar peminat Rafizi tahu sejauh mana hebatnya Rafizi selama ini.

 



 

 

 

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading