BERSATU akan bolot semua kerusi jika berlaku 6 PRK?

Oleh – Bakhtiar Omar


 BERSATU akan bolot semua kerusi jika berlaku 6 PRK?

BERSATU-Parti Pribumi Bersatu Malaysia, dijangka akan membolot semua kerusi sekiranya 6 PRK berlaku.



BERSATU telah meminda Perlembagaan parti untuk mengenakan tindakan tegas (pecat) diambil terhadap 6 ahli Parlimen mereka yang ‘berpaling tadah’.

BERSATU meluluskan Perkara 10 perlembagaan parti itu selepas mendapat sokongan 1,956 perwakilan BERSATU.

Sekiranya BERSATU membuat keputusan untuk bertanding di kesemua 6 kerusi tersebut, adakah PAS akan bersetuju?

PAS pada dasarnya sudah pasti akan mengintai kerusi Jeli dan Gua Musang namun belum ada perbincangan dalam Perikatan Nasional mengenai perkara tersebut.



Sekiranya BERSATU bertegas mahu hanya calon BERSATU bertanding di semua kerusi, apakah PAS akan bersetuju dan menggerakkan seluruh jentera mereka?

 BERSATU akan bolot semua kerusi jika berlaku 6 PRK?

BUKIT GANTANG, GUA MUSANG DIJANGKA JADI TUMPUAN UTAMA

“Saya menyeru mana-mana Ahli Parlimen untuk tidak takut dengan pindaan berkenaan… kalau ada niat nak sokong PM, teruskan.

“Kerana semua peraturan ini boleh dicabar di mahkamah dan belum tentu pindaan ini akan diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan (RoS) atau mahkamah,” – Syed Abu Hussin – 2/3/2024



Bukit Gantang antara yang bakal jadi tumpuan utama jika PRK diadakan kerana sejarah pertandingan kerusi tersebut sangat menarik.

Gua Musang juga dijangka akan turut diberikan tumpuan kerana buat pertama kalinya penyandang kerusi, Tengku Razaleigh Hamzah kalah.

Menarik sekali, pindaan Perlembagaan BERSATU ini dikatakan akan mencetus polemik baru dalam politik Malaysia.

Pendaftar Pertubuhan-RoS juga belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung pindaan yang telah dibuat BERSATU.



Tetapi sudah ada desas-desus BERSATU akan membawa perkara tersebut ke Mahkamah sekiranya tidak berjaya memecat 6 ahli parlimen terbabit.

APA JANGKAAN REAKSI PAS JIKA BERSATU BOLOT 6 KERUSI PRK?

 BERSATU akan bolot semua kerusi jika berlaku 6 PRK?

Buat masa sekarang, PAS masih belum memberi apa-apa reaksi terhadap pindaan Perlembagaan BERSATU dan dikatakan mereka tidak akan mencampuri urusan dalam BERSATU.

Namun demikian, ada spekulasi menyatakan sekiranya PAS langsung tidak diberikan tempat sekiranya berlaku 6 PRK, mereka akan tetap menurunkan jentera.



Tetapi jentera hanya akan turun sewaktu penamaan calon sahaja dan tidak akan membantu sepenuhnya tempoh berkempen.

Bagi segelintir penyokong PAS, mereka sudah mulai ‘hilang keyakinan’ untuk Perikatan Nasional membentuk kerajaan baru berikutan Titah KYDMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong semasa merasmikan sidang parlimen baru-baru ini.

Terpulang kepada kedua-dua parti untuk berbincang mengenai pembahagian kerusi sekiranya berlaku 6 PRK serentak sepertimana kemahuan BERSATU.

Cuma, diingatkan bahawa sebarang kemenangan di pihak Perikatan Nasional tidak akan mengubah kedudukan Kerajaan Madani atau Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kecuali diusulkan Undi Tidak Percaya terhadap beliau.



Cabaran buat BERSATU dan PAS di Parlimen agar membawa usul undi tidak percaya kepada Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

 

 

 

 

 

 

 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading