Yang terjadi kepada Bersatu , Kifarah balasan Allah, kata Zahid
Oleh Adam Malik
“Pindaan perlembagaan Bersatu balasan Allah” – Zahid
Beberapa hari lalu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) Muhyiddin Yassin telah secara terdesak memberi kenyataan bahawa partinya telah menghantar surat memohon untuk meminda pelembagaan Parti Bersatu.
Permohonan meminda beberapa seksyen dalam perlembagaan parti terpaksa dibuat secara terdesak kerana PPBM mengalami masalah untuk ‘retain’ Enam Ahli Parlimen nya dari lompat lari kepada pihak lain.
Amalan kotor yang diamalkan oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri kali kedua kini melanda Bersatu.
Pada waktu itu sebaik sahaja selesai Pilihanraya , Mahathir telah menakut nakutkan beberapa ahli Parlimen UMNO untuk lompat kepada Parti Bersatu.
Amalan jijik ini diteruskan pula oleh Muhyiddin Yassin terhadap UMNO ketika dia menjadi Perana Menteri hasil dari “Sheraton Move” .
Tidak henti disitu, pihak musuh UMNO telah menggunakan ahli UMNO yang bertaraf pengkhianat seperti Hishamuddin Hussein untuk terus melakukan kerja melobi dan memancing ahli Parlimen UMNO untuk berpaling tadah.
Namun, akta RUU lompat pari telah menghalang Ahli P:arlimen UMNo dari melompat kepada pihak lawan.
Sebaliknya mereka ambil kesempatan membuat onar dari dalam umno pula.
Apapun UMNO nampaknya telAh berjaya menyelesaikan isu ini dengan jayanya.
Kebanyakan mereka telah dipecat dan digantung.
Kini penyakit yang sama ini telah melanda parti Bersatu pula.
Tanpa UMNO perlu buat apa apa seperti yang Parti Bersatu buat terhadap UMNO, Bersatu telah dilanda mala petaka yang sama.
Selain Enam MP berpaling tadah sudah ada beberapa yang lain lakukan hal yang sama.
Atas sebab itu Muhyiddin terdesak untuk memintas dengan cara meminda pelembagaan parti.
Dalam hal ini , semalam :Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid telah berkata bahawa apa yang terjadi kepada Parti Bersatu adalah balasan dari Allah tanpa UMNO perlu buat apa apa kepada Bersatu sebagai balasan kerja jahat Bersatu terhadap UMNO.
“Kini, tanpa sebarang usaha pun daripada pihak UMNO dan BN, kita lihat enam orang daripadanya telah bersama menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” Ahmad Zahid