House Arrest -Media lapor lain, Menteri kata lain.

Beberapa minggu lepas , Menteri KDN Saifuddin Nasution ada berkata bahawa Kementeriannya sedang mengkaji kaedah tahanan rumah untuk banduan tertentu.

Hasil kenyataan ini , beberfapa media telah melaporkan bahawa perancangan kemas kini peruntukan tahanan dirumah adalah untuk  Datuk Seri Najib Razak .



Namun, apabila beberapa media melaporkan sedemikan , Saifuddin segera menafikan peruntukan “House Arrest” itu adalah untuk ‘accomodate” DSNR ditahan dirumah terlebih dulu sebelum pembebasan dari pengampunan terhadapnya diperolehi.

“Saifuddin membidas laporan yang mendakwa tindakan kerajaan melaksanakan PBSL menerusi tahanan di rumah adalah untuk mengeluarkan Najib dari penjara. Sebaliknya, beliau berkata, tindakan itu bermatlamat untuk mengurangkan kesesakan di kesemua 43 penjara di Malaysia yang mana ia menempatkan kira-kira 80,000 orang banduan buat masa ini”- Saifudin Nasution.

Dengan penafian Saifuddin , maka penyokong DSNR berkemungkinan akan kecewa memandangkan pada pendapat mereka DSNR tidak sepatutnya dipenjarakan walaupun sehari memandangkan kesnya sangat berat sebelah dan perbicaraan deilaksanakan dalam keadaan tidak adil.

Maka, jika proses memberi pengampunan terhadap DSNR mengambil masa agak lama, tahan di rumah adalah ‘second best thing” kepada penyokong DSNR



Isu pembebasan Najib dikira beban selagi tidak ditangani segera.

Bagi pihak DSNR sebenarnya beliau bukan hendak dibebas begitu sahaja, tetapi mahukan keadilan dan perbicaraan secara adil diadakan supaya beliau dapat buktikan semua adalah kerja konsprasi dan pertuduhan diadakan semata mata untuk penjarakan beliau oleh musuh musuhnya.

Dengan penafian Menteri sendiri , maka mungkin ia selesai setakat hari ini, namun ,  kepada pihak Media, pihak Istana adalah entiti lain dan Menteri tiada kuasa terhadap kehendak pihak  Istana.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button