“Selamat berpuasa semua” – Najib Razak

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


"Selamat berpuasa semua" - Najib Razak

 



Setiap kali menjelang Ramadhan, sudah pasti peristiwa hitam yang menimpa Najib Razak diingati semua. Bagaimana kediaman Najib diserbu dimana beliau akhirnya tidur di atas sofa untuk malam itu.

Biarpun 6 tahun berlalu, perkara tersebut terus jadi ingatan kerana sikap kejam pemimpin ketika itu terhadap bekas Perdana Menteri.

Namun demikian, Najib tetap Najib, kejamlah semahunya terhadap beliau, untuk membalas kekejaman itu bukan sifat Najib Razak. Beliau telah diasuh dengan sikap yang sangat sopan dan tidak mempunyai sikap untuk membalas dendam.

Tahun ini tahun kedua Najib menyambut Ramadhan dalam di belakang tirai besi namun beliau masih mampu melontarkan senyuman kepada para penyokongnya.



Bahkan, menerusi satu klip video pendek di Mahkamah hari ini, Najib sempat mengucapkan selamat berpuasa kepada penyokong beliau yang menunggu beliau habis sesi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Semoga Dato Sri Najib Razak terus tabah berdepan ujian yang melanda dan kini namanya kembali menjadi sebutan kalangan rakyat berikutan masalah ekonomi yang menimpa keseluruhan rakyat.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button