Bilakah Ahli Parlimen Akan Menjadi Lebih Matang

Bilakah Ahli Parlimen Akan Menjadi Lebih Matang
Gambar Hiasan

Bilakah Ahli Parlimen Akan Menjadi Lebih Matang

 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pernah membeli sebuah lukisan yang memaparkan beruk dan katak bersidang dalam Dewan Rakyat.

Lukisan berkenaan mengambarkan situasi Dewan Rakyat yang dipenuhi wakil rakyat yang saling bertengkar antara satu sama lain.

Mereka seolah-olah sekumpulan beruk yang sedang bergaduh sesama sendiri.



Baginda berkenan untuk membeli karya lukisan itu dan menggantungnya di private study room baginda.

Satu hari nanti, baginda berhasrat untuk melelong lukisan ini dan hasil lelongannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan.

DYMM SPB YDP Agong ke XVII, Sultan Ibrahim, sebelum ditabalkan sebagai YDP Agong pernah membuat teguran keras kepada ADUN Johor.

Jangan jadikan Dewan Undangan Negeri Johor ini sebagai sangkar beruk, tegur baginda sewaktu merasmikan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat DUN Johor ke-14.



Baginda membuat teguran itu atas kapasiti baginda sebagai Sultan Johor.

Malah sewaktu merasmikan persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, baginda menzahirkan perasaan malu melihatkan sikap ahli Dewan Rakyat sewaktu bersidang.

Sindiran dan teguran dari kedua-dua Raja Melayu tersebut sepatutnya diambil serius oleh ahli parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri.

Dewan Rakyat Dan Dewan Undangan Negeri Adalah Medan Perbincangan Untuk Memajukan Negara

 



Rakyat memberikan mandat kepada ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan supaya mereka dapat membawa suara rakyat yang mereka wakili.

Ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri juga bertanggungjawab untuk membahaskan masalah ancaman luaran dan domestik kepada negara.

Masalah kedaulatan yang sedang dihadapi negara sekarang adalah tuntutan kedaulatan Sabah dari kumpulan United Tausug Citizens (UTC).

Mereka mendakwa bahawa kononnya mereka adalah penjaga sah Wilayah Kesultanan Sulu ke atas Sabah.



Begitu juga dengan dasar yang begitu keras dan lantang Malaysia yang mengkritik dan mengecam Israel berkaitan isu Gaza.

Penulis tidak mengatakan ianya adalah sikap dan dasar yang salah.

Tetapi sepatutnya Dewan Rakyat digunakan sebagai medan untuk berbincang apakah langkah terbaik untuk meminimakan kesan negatif terhadap negara dari dasar tersebut.

Persoalannya, berapa orang ahli Dewan Rakyat atau ahli Dewan Undangan Negeri yang membangkitkan isu berkenaan?



Mereka lebih gemar melakukan provokasi dengan membangkitkan isu 3R yang sudah lapuk.

Isu Bak Kut Teh, isu perdana menteri dari kalangan bukan Bumiputera, menyebar fitnah dan sebagainya.

Maka jadilah Dewan Rakyat ibarat kandang beruk yang melihat ahli Dewan Rakyat terpekik terlolong macam orang disampuk polong.

Bilakah ahli Dewan Rakyat kita akan lebih matang?



 

Bilakah Ahli Parlimen Akan Menjadi Lebih Matang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button