“Wanita Besi” Pahang, Shahaniza tawar diri tanding MKT

Shahaniza mahu suara Wanita dalam MKT Umno

Oleh – Bakhtiar Omar


Ds Shahaniza Shamsuddin

Dato Sri Shahaniza Shamsuddin yang juga dikenali sebagai “Wanita Besi” Pahang, tampil tawar diri untuk menjadi Ahli Majlis Tertinggi dalam pemilihan Umno akan datang.



Shahaniza 53 tahun, merupakan antara paling awal tampil bagi bertanding dan beliau juga adalah wanita pertama berbuat demikian dalam pemilihan kali ini.

Dilahirkan di Chenor pada 5 Januari 1970, beliau mendapat pendidikan di Maahad Hamidiah, Kajang sebelum melanjutkan pembelajaran ke Kolej Islam Klang.

Beliau kemudian menuntut di UKM Bangi dalam jurusan Undang-Undang dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan kepujian Kelas Dua Atas pada 1993.

Shahaniza memulakan karier politik sebagai Ketua Puteri Umno Pahang yang pertama dan berkhidmat sehingga 2004.



Pilihanraya Umum 2008 merupakan detik permulaan beliau bertanding di DUN Kuala Sentul, Pahang dan memenanginya dengan majoriti 5420 undi.

Dalam temubual eksklusif beliau bersama MyTvOnline beliau menjelaskan mengapa memilih untk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan bukannya Ketua Wanita Umno.

Shahaniza juga mahu membawa perubahan dalam Umno agar lebih ramai anak muda mendekati parti dengan pendekatan yang lebih baik.



Bagi bekas Exco Kerajaan Negeri Pahang ini, Umno perlu digerakkan agar tidak dijauhi pengundi dan anak muda selepas kalah pada PRU 2018 dan 2022.

Cukup ramuan disulami pengalaman merupakan antara intipati yang mampu dibawa Shahaniza untuk bersama kepimpinan parti sebagai MKT dan wajar beliau diberikan peluang dan ruang untuk melontarkan idea yang segar demi Umno.

Beliau juga akan cuba membawa suara Wanita Umno ke peringkat yang lebih baik dalam parti sekiranya diberikan mandat oleh para perwakilan.

“Yes, i’m a fighter” – Shahaniza mengakhiri perbualan dengan frasa yang cukup dalam maknanya.



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading