Semua Pemimpin UMNO Wajib Selami Kenyataan Dari Presiden

Semua Pemimpin UMNO Wajib Selami Kenyataan Dari Presiden

Semua Pemimpin UMNO Wajib Selami Kenyataan Dari Presiden

 

Ketika menghadiri jamuan Sambutan Aidilfitri yang dianjurkan oleh UMNO Hulu Selangor, Presiden UMNO, DS Zahid memberikan mesej yang jelas kepada semua akar umbi dan [emimpin UMNO.

“UMNO bukan lagi parti yang dominan dalam kerajaan.”



“Tetapi itu bukanlah berarti segala-galanya sudah berkahir untuk UMNO.”

“Ini adalah ujian katabahan dan daya saing untuk UMNO.”

“Mengapakah kita tidak bersyukur apabila perdana menteri masih lagi mengiktiraf UMNO dan Barisan Nasional?”

“Cabaran yang dihadapi ialah mengapa UMNO perlu menyesuaikan diri.”



“Lebih-lebih lagi ia adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan.”

‘Jika UMNO mahu menuntut lebih banyak, UMNO perlu memenangi lebih banyak kerusi.”

“Tidak perlu membesarkan isu dan tangani dengan bijak, apabila ia melibatkan perbezaan UMNO dengan parti komponen kerajaan yang lain,” jelas beliau.

Pada pandangan penulis, mesej yang paling penting dari DS Zahid kepada akar umbi dan pemimpin UMNO ialah mereka mesti bijak dalam menangani sesuatu isu.



Penulis memuji dan menyokong sepenuhnya tindakan pemimpin UMNO dalam beberapa isu.

Terutama yang melibatkan sensitiviti agama Islam dan masyarakat Melayu.

Tetapi dalam masa yang sama, pemimpin UMNO mesti bijak.

Mereka mesti tahu bila hendak berhenti dan bila hendak membuat serangan.



Jangan Overkill Sesuatu Isu

 

Sikap yang keterlaluan atau overkill akan memberikan imej yang buruk terhadap UMNO.

UMNO akan dilabelkan sebagai parti rasis yang ekstrim.

Ini bukan sahaja akan menyukarkan UMNO untuk menarik sokongan pengundi Melayu moderate malah akan menjauhkan pengundi bukan Melayu dari MCA dan MIC.



Dalam senario politik sekarang, tidak ada satu parti yang akan mampu membentuk kerajaan bersendirian tanpa sokongan pengundi bukan Melayu.

Analogi yang boleh penulis berikan adalah kezaliman keterlaluan pengganas Zionis terhadap pejuang HAMAS.

Israel pada awalnya berjaya mencipta naratif kononnya serangan mereka ke atas Gaza adalah tindakan mempertahankan diri.

Ini memberikan alasan kepada kuasa besar di baragt untuk membantu mereka.]

Tetapi apabila Israel menjadi terlalu kejam, akhirnya bukan sahaja masyarakat dunia mengecam.



Malah, sekutu rapat mereka sendiri turut menjauhkan diri dan meninggalkan Israel sendirian kerana tidak mahu dilabel sebagai negara yang menyokong pengganas.

Penulis bukan penyokong Israel, malah mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman mereka terhadap rakyat Palestin.

Analogi yang penulis berikan supaya pemimpin UMNO tidak keterlaluan di dalam sesuatu isu sehingga akhirnya ia akan backfire UMNO.

Pemimpin UMNO juga perlu tidak hanya memberikan fokus kepada isu 3R.

Banyak lagi isu yang dekat dengan rakyat perlu diperjuangkan.

Isu pelajar universiti terpaksa membuat kerja kerja sampingan untuk menampung kehidupan harian.

Isu anak muda yang tidak mahu melanjutkan pelajaran kerana merasa selesa dengan industri gojet.

Begitu juga dengan isu akhlak anak-anak yang runtuh kerana terpengaruh dengan media sosial.

Kesemua isu tersebut tidak hanya dihadapi oleh masyarakat Melayu, tetapi ianya dihadapi oleh masyarakat Malaysia.

 

Semua Pemimpin UMNO Wajib Selami Kenyataan Dari Presiden

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading