Gelombang “Hijau” menakutkan Pelabur?

 

Oleh Adam Malik

Apa solusi PAS terhadap masalah kejatuhan Ringgit?



Apa jawaban PAS kepada masalah ekonomi negara?

Ada atau tidak individu dari Parti PAS yang bijak mengupas masalah masalah ini?

PAS bukan kerajaan tapi sebagai kapasiti parti apa jawwpan PAS?

 



ernahkah PAS laksanakan amalan ekonomi yang baik pada mana mana negeri yang diperintah olehnya?

Atau bagi contoh sebqgai ekonomi Islam.

Jika PAS ada jawapan kepada masalah ini,maka elok rakyat serahkan pemerintahan negeri dan negara kepada PAS pada PRU16 nanti.

Tapi jika apa yang dilihat terjadi hari ini dimana Empat negeri PAS melutut kepadaTun Mahathir, maka disarankan elok sahaja serah urusan tadbir kepada pihak lain.



Tidak baik untuk PAS demi undi, menipu rakyat dengan mengumpan agama tetapi akhirnya apabila dapat kuasa PAS sub-con kepada pihak lain seperti serah kuasa kepada Mahathir dan Muhyiddin.

Dengan jumlah kerusi yang banyak pun PAS jadi balaci dan kuli kepada pihak lain.

Ini seolah olah sebuah kerja scam yang bertaraf mega dilakukan oleh PAS.
Ia sama seperti scam manifesto oleh kerajaan Mahathir , DAP atau PH1.0.

 



Berbalik kepada tajuk topik, Sebenarnya sudah beberapa media melaporkan kerungsingan pelabur jika “green wave” melanda Malaysia.

Ini kerana mereka menganggap “talibanisasi” akan berlaku dimana keperluan harian rakyat atau ” bread and butter” akan diketepikan dan kepentingan lain yang tidak berfaedah diutamakan.

Perbuatan ini akan terjadi sambil memetik ayat quran dan hadis untuk empasiskan perbuatan.



Sambil itu “major issue” tersisih dan tidak ditangani.

Ini bukan andaian bahkan sudah terjadi pun dinegeri negeri pemerintahan PAS.

Ambil contoh isu isu air,isu perumahan,pengganguran kutipan sampah dan infrastraktur mudah pun PAS tidak mampu urus .

Rakyat bukan mahu PAS hantar roket ke bulan tapi urus air dan lori sampah pun Sudah gagal.



Cuma PAS sangat bernasib baik miliki penyokong yang emosi dan taksub.

Pada laporan baru sebuah media luar, jika kerajaan yang ada sikit kebolehan pun masih gagal urus ringgit dan ekonomi, apakah zero Polisi ekonomi PAS dapat membantu?

PAS ada “think tank”ekonomi kah?

Jika ada sudah tentu PAS dan SG4 nya tidak merujuk Mahathir dan anak anak negeri bawah PAS tidak berbondong cabut lari kenegeri orang yang tidak dipimpin oleh ulama PAS.

Maka keresahan pelabur ada justifikasinya dan PAS pula tidak pernah menafikan nya dengan pembuktian berlawanan.

Maka amat rasional kerisauan pelabur tèrhadap pandangan ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button