Pekerja merungut, penat budaya kerja 44 jam seminggu

Oleh – Syeikh Baran


Pekerja merungut, penat budaya kerja 44 jam seminggu
SEORANG pekerja merungut tentang budaya kerja di Singapura. – Foto askSingapore/Reddit and Unsplash

Seorang pekerja baharu merungut tentang budaya kerja secara purata selama 44 jam seminggu di Singapura, lapor portal berita Today hari ini.

Rungutan itu dibangkitkan oleh seorang pengguna Reddit dikenali sebagai lu-mitzy yang menghadiri forum perbincangan semalam dengan menulis kekecewaan tentang budaya kerja Singapura.



“Jadi, saya baru mula bekerja sepenuh masa dan ia seperti…adakah saya gila?,” katanya.

Dia bangun seawal pukul 5.45 pagi (waktu tempatan) dan mengambil sarapan pagi sebelum menaiki pengangkutan awam untuk sampai ke pejabat pukul  7.30 pagi (waktu tempatan).

Masanya kemudian dihabiskan untuk ‘melihat’ skrin komputer sehingga pukul 5 petang (waktu tempatan).

Apabila Lu-mitzy tiba di rumah dan makan malam, waktu sudah menunjukkan pukul 6.30 petang (waktu tempatan) dan dengan kerja rumah  yang perlu dilakukan, lelaki tersebut berkata, dia hampir tiada masa untuk melakukan aktiviti peribadi atau bersantai. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button