Itali menentang operasi darat Israel di Rafah

Oleh – Syeikh Baran


Itali menentang operasi darat Israel di Rafah
Penduduk Palestin termasuk kanak-kanak di Jabalia berkumpul untuk mendapatkan makanan percuma ketika Gaza berdepan krisis kebuluran sepanjang Ramadan tatkala perang Israel dan Hamas masih berterusan. – Foto REUTERS

Itali menentang pencerobohan darat hingga ke bandar selatan Rafah di Semenanjung Gaza oleh tentera Israel, kata Perdana Menterinya, Giorgia Meloni, hari ini.

“Kami akan mengulangi penentangan kami terhadap tindakan ketenteraan di lapangan oleh Israel di Rafah yang boleh membawa akibat lebih besar kepada orang awam yang berkumpul di kawasan itu,” katanya kepada penggubal undang-undang di Senat.



Meloni turut menegaskan, keutamaan ketika ini adalah pembukaan laluan darat baharu dan koridor maritim dari Cyprus ke Gaza bagi memastikan penyampaian bantuan kemanusiaan yang selamat ke kawasan Palestin. – REUTERS

Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button