Kepulangan skuad Harimau Malaya disambut penyokong

 

Oleh Pena Merah

Kepulangan skuad Harimau Malaya disambut penyokong
Ketibaan pemain-pemain Harimau Malaya selepas pulang daripada Qatar dari menyertai Kejohanan Piala Asia 2023, di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Skuad Harimau Malaya disambut meriah oleh ratusan penyokong ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam ini.

Barisan kejurulatihan dan pemain diserbu para peminat selepas mereka keluar daripada Balai Ketibaan selepas menamatkan kempen Piala Asia 2023 di Qatar.



Biarpun tersingkir seawal peringkat kumpulan di Piala Asia 2023, kejayaan mengikat Korea Selatan 3-3 bagaikan fenomena buat penyokong setia Harimau Malaya.

Keterujaan jelas terpancar di wajah penyokong terdiri daripada pelbagai lapisan usia dan masyarakat yang turut mengambil kesempatan menanti kepulangan skuad bimbingan Kim Pan Gon.

Hadir sama adalah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan timbalannya Adam Adli Abd Halim serta barisan kepemimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sebagai rekod, skuad negara menamatkan kempen peringkat kumpulan dengan dua kekalahan dan satu seri, sekali gus pulang ke tanah air dengan satu mata.



Dalam dua perlawanan awal, Harimau Malaya kecundang di tangan Jordan 0-4 dan Bahrain (0-1).

-Utusan-


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading