Kontroversi stoking, ada ‘tangan ghaib’ sengaja cetus provokasi?

Oleh – Kareem Mahmud


Kontroversi stoking, ada 'tangan ghaib' sengaja cetus provokasi?

Benarkah kontroversi melibatkan KK Mart dan penjualan stoking tertera kalimah Allah didalangi ‘tangan ghaib’ untuk mencetuskan perbalahan politik?

Menyokong tindakan boikot yang digerakkan Pemuda UMNO, namun perkara ini perlu juga di teliti dengan sebaiknya.

Perlu diakui, kerjasama politik parti yang bergabung membentuk Kerajaan hari ini tidaklah sekuat yang disangkakan. Sedikit kontroversi sudah memadai untuk membuat satu pihak ‘terasa hati’ dan mula berkira-kira akan tindakan drastik yang boleh dilakukan.

Dalam isu ini, sudah terlihat bibit-bibit perpecahan sesama sendiri dalam BN dan ia kelihatan semakin merebak ke dalam Kerajaan Madani.

Perlu diingatkan MCA dan MIC merupakan sebahagian dari Barisan Nasional dan UMNO juga sebahagian daripadanya. Untuk UMNO mendabik dada dan berkata tidak perlukan sokongan dari kaum lain, adalah sangat tidak logik tetapi kontroversi sebegini tidak akan memberi keuntungan kepada UMNO.

Ada kalangan pemimpin dari parti tertentu sudah mula menyatakan rasa tidak puashati dengan tindakan mengheret isu stoking berpanjangan sehingga menjejaskan hubungan antara parti.

Bayangkan sekiranya parti-parti yang membentuk Kerajaan hari ini membuat keputusan untuk tidak bersama dalam kerjasama ini lagi hanya kerana isu stoking. 

Ini peluang yang memang dinantikan oleh pihak lawan untuk melakukan sesuatu atau sekurangnya menukar kerajaan sediada di Parlimen.

Dikhuatiri, ada pihak yang memang sengaja ‘mengapi-apikan’ isu ini untuk kepentingan pihak tertentu. Akhirnya yang menjadi mangsa tanpa sedar ialah parti yang membentuk kerajaan hari ini.

Kontroversi stoking, ada 'tangan ghaib' sengaja cetus provokasi?

KEMPEN BOIKOT PERLU NAMPAK BERKESAN SEBAGAI PENGAJARAN 

Apapun, kempen boikot yang digerakkan perlu memperlihatkan kesan agar tidak ada mana-mana pihak lain berani melakukan perkara sama di masa hadapan.

Menurut laporan, pihak polis hanya menemui 5 pasang stoking dengan kalimah Allah di kilang Batu Pahat. Hasil siasatan mendapati mendapati kelima-lima pasang stoking itu adalah yang dipulangkan oleh tiga kedai serbaneka KK Mart di Bandar Sunway.

Operasi membabitkan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat itu menjalankan pemeriksaan ke atas 16 bundle stoking yang diimport dari China.

“Dalam 16 bundle (stoking) terdiri 18,800 pasang itu, polis tidak menemui stoking baharu yang tertera kalimah berkenaan setakat ini.- Laporan 19/3/2024

Kilang stoking yang menyebabkan kontroversi tercetus telah dikenakan tindakan selepas menutup operasinya semalam. 

Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah membatalkan lesen operasi syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd. Tindakan tersebut selaras peruntukan Undang-Undang Kecil 13(2) dan Undang-Undang Kecil 49 (2), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPBP) 2016.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker