Rayer cuba alih isu bila persoal isu Najib?
Oleh – Bakhtiar Omar
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer cuba membangkitkan kemarahan penyokong Dato Sri Najib menerusi soalan beliau dalam parlimen.
Cubaan Rayer melakukan provokasi berkaitan Najib menerima kecaman dari netizen yang menghantar komen keras terhadap Rayer.
Bagi netizen, Rayer hanya mahu mengalih perhatian rakyat dari isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang berkaitan ekonomi dan boikot yang digerakkan.
Rayer sebagai seorang ahli parlimen sewajarnya membawa isu ekonomi dan keperitan rakyat untuk diangkat di dalam Dewan Rakyat, bukannya isu mengenai layanan kepada Najib Razak.
Najib Razak bukan lagi berada dalam lingkungan kuasa yang boleh menganggu pemerintahan Anwar Ibrahim.
Malah Najib menerusi anaknya, Nizar Najib telah meminta semua penyokongnya untuk memberi sokongan kepada Kerajaan Madani.
Sewajarnya Rayer lebih sensitif dengan ucapan beliau kerana tanpa sokongan dan kerjasama dari UMNO (BN), tidak akan wujud Kerajaan Madani hari ini.
Mengapa Rayer tidak menyoal mengenai kenaikan kos sara hidup rakyat serta kenaikan harga barang keperluan yang agak melampau? Kemana suara DAP dalam memperjuangkan Hak Rakyat dalam suasana ekonomi yang teruk sekarang ini?
Adakah DAP hanya akan bercakap mengenai soal ekonomi bila mencari undi sahaja? Rayer perlu lebih peka dengan rungutan rakyat dan sepatutnya tahu apa perlu dibawa ke Parlimen.
Hari ini, Ringgit Malaysia semakin lemah berbanding US Dollar, mengapa Rayer tidak bertanyakan soalan sebegini bagi meredakan keresahan rakyat?
Memburukkan lagi keadaan, Google sudah tidak lagi memberi khidmat carta pertukaran matawang Ringgit ke US Dollar. Carian menerusi Google carta tukaran US Dollar ke Rupiah Indonesia masih berada dalam perkhidmatan tetapi tidak lagi untuk Ringgit Malaysia.
Adakah Rayer tidak berani mengkritik Menteri Ekonomi yang ternyata Gagal menterjemahkan Formula Ekonomi beliau sebelum berada dalam Kerajaan?
Atau Rayer sebenarnya memang sengaja mencetuskan kontroversi bagi mengalih kegagalan Kerajaan dengan isu yang tidak relevan dengan keadaan hari ini?