Wanita dapat pampasan RM132,995 selepas wang lesap di bank

Oleh – Syeikh Baran


Wanita dapat pampasan RM132,995 selepas wang lesap di bank
SEORANG wanita menerima pampasan RM132,995 selepas wangnya hilang di dalam sebuah bank di Vietnam. – Foto tuoi tre news

Mahkamah Rakyat Bandar Tu Son di utara Vietnam memerintahkan pemberi pinjaman utama kerajaan, Vietcombank membayar pampasan kepada seorang pelanggan yang kehilangan wangnya dalam akaun bank berkenaan, lapor portal berita tuoi tre news kelmarin.

Bank itu diperintahkan baru-baru ini untuk membayar pampasan sebanyak 700 juta dong (RM132,995) kepada pelanggan wanita tersebut.



Pampasan itu diberikan selepas wanita itu mendapati wangnya sebanyak 11.9 bilion dong (RM2.26 juta) hilang daripada  akaunnya di bank itu.

Antara 22 hingga 24 April 2022, wanita tersebut dan ahli keluarganya memindahkan 11.9 bilion ke dalam akaun tersebut.

Bagaimanapun, dia tidak menerima panggilan telefon mahupun mesej teks tentang perubahan pada baki akaunnya.

Memandangkan bank itu ditutup pada hujung minggu iaitu pada 23 dan 24 April, Chuc menghubungi bank itu pada 25 April 2022 untuk menyemak bakinya.



Dia terkejut apabila pekerja bank itu berkata akaunnya hanya mempunyai 114,718 dong (RM21.78) walaupun dia tidak pernah membuat sebarang pengeluaran. – AGENSI

Sumber – Syeikh Baran

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button