Keluarga Bella lantik 2 peguam pemerhati

 

Oleh Pena Merah

Keluarga Bella lantik 2 peguam pemerhati
Keluarga kepada Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella yang dibunuh secara kejam,s sudah melantik peguam pemerhati.

Keluarga kepada Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella yang yang didakwa dibunuh oleh teman lelakinya, sudah melantik peguam pemerhati.

Norhisham yang mesra dengan panggilan Ayu berkata, pelantikan peguam itu bagi memastikan perbicaraan kes di mahkamah berjalan lancar.



Katanya, perbicaraan kes terhadap tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, 24 akan bermula pada 19 Februari ini selepas bacaan pertuduhan pertama pada 24 Januari lalu.

Keluarga Bella lantik 2 peguam pemerhati
Tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, 24.

“Ramai yang menawarkan khidmat bantuan guaman ini dan keluarga memilih mereka berdua berdasarkan kriteria perkhidmatan diberikan. Tawaran yang diberikan juga adalah percuma,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin di rumah sewa Bella, Taman Soga di sini, hari ini.

Sementara itu, Ayu memberitahu dua anak Bella, Eusuf Abdul Fatah, 4, dan Maream, 2, kini berada dalam jagaan ibunya, Noraini Salleh, 55, selain dibantu seorang pengasuh.

Keluarga Bella lantik 2 peguam pemerhati
Shamsul Iskandar (dua kiri) ketika melawat keluarga arwah Bella di Taman Soga, Batu Pahat, hari ini.

Ayu turut berkongsi kisah Eusuf yang kerap bertanya mengenai ibunya kerana masih belum memahami apa yang terjadi.



“Selepas 11 hari pengebumian Bella, kami sekeluarga reda namun agak terkilan dengan cara kematiannya sehaja,” katanya.

Ibu tunggal itu dilaporkan hilang pada 14 Disember tahun lalu selepas ahli keluarga gagal menghubunginya ketika keluar ke dobi bersama teman lelakinya.

Dua laporan polis juga dibuat masing-masing pada 16 dan 18 Disember tahun lalu.

Tiga suspek termasuk teman lelaki Bella ditahan selama tujuh hari mulai 25 Disember lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.



Selepas 38 hari kehilangan Bella, polis Johor akhirnya berjaya mengesan rangka manusia tidak sempurna di sebuah rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Jumaat lalu.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas rangka yang ditemui sah ia milik Bella susulan sampel patalogi rangka itu sepadan dengan DNA yang diambil daripada kakak serta ibunya.

-Berita Harian-




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading