Richarlison kemurungan selepas Brazil tersingkir di Piala Dunia

Oleh – Syeikh Baran


Richarlison kemurungan selepas Brazil tersingkir di Piala Dunia
RICHARLISON (kiri) meraikan jaringan Endrick (kanan) ketika Brazil seri 3-3 dengan Sepanyol, awal pagi tadi. FOTO REUTERS

Penyerang Brazil, Richarlison berdepan dengan kemurungan selepas pasukan negaranya tersingkir di suku akhir Piala Dunia 2022 di tangan Croatia, malah dia turut terfikir untuk berhenti bermain bola sepak.

Richarlison yang bermain untuk Tottenham Hotspur berkata, pada September dia berjumpa dengan pakar psikologi untuk membantunya selepas dirakam menangis di bangku simpanan selepas dikeluarkan ketika Brazil menang 5-1 ke atas Bolivia di pusingan kelayakan Piala Dunia 2026.



Pemain berusia 26 tahun itu yang sudah beraksi 48 kali untuk Brazil menggesa pemain mendapatkan bantuan sekiranya berdepan isu kesihatan mental.

“Saya baru bermain di Piala Dunia pada tahap kemuncak,” kata Richarlison kepada ESPN Brasil.

“Saya mencapai hadnya, anda tahu? Saya tak tahu, saya tidak akan bercakap mengenai bunuh diri, tetapi saya kemurungan dan mahu mengalah.

“Perkara itu dialami walaupun saya memiliki mental yang kuat. Selepas Piala Dunia, nampaknya semua sudah berkecai.”



Selepas berdepan musim sukar di Spurs yang disertainya dari Everton dengan yuran $75.68 juta (RM358.27 juta) pada 2022, Richarlison menjaringkan 11 gol dalam 26 penampilan pada musim ini.

“Sebelum turun berlatih, saya mahu balik ke rumah, saya mahu balik ke bilik kerana tidak tahu apa yang berada dalam fikiran,” katanya.

“Malah, saya beritahu pergi berjumpa bapa saya untuk memaklumkan mahu bersara.

“Memang sedih apabila bercakap seperti itu. Apa yang saya lalui selepas Piala Dunia, berjumpa bapa saya yang sama-sama mengejar impian dan memberitahunya saya mahu berhenti bermain bola sepak, itu memang gila.”



Katanya, keputusannya untuk menjalani terapi adalah tindakan terbaik pernah dibuatnya.

Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button