9 juta dos vaksin COVID-19 disuntik di China

10/01/2021 04:44 PM

BEIJING, 10 Jan — China sudah menyelesaikan pemvaksinan melibatkan lebih sembilan juta dos vaksin COVID-19 di seluruh negara.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China, Zeng Yixin berkata jumlah itu termasuk 1.6 juta dos terhadap golongan berisiko tinggi, serta 7.5 juta dos kepada kumpulan sasar, bermula 15 Disember lalu.



Menurutnya, sistem dan prosedur suntikan yang lengkap sudah disediakan termasuk latihan kepada kakitangan perubatan yang menjalankan suntikan, pemantauan terhadap penerima vaksin, rawatan kecemasan dan lain-lain.

“Ia bagi menjamin kelancaran proses pemvaksinan,” katanya pada sidang media, Sabtu.

Ujar Zeng jumlah dos yang telah disuntik itu membuktikan keselamatan vaksin dihasilkan China.

Seiring dengan peningkatan daya pengeluaran vaksin berkenaan, pemvaksinan akan terus dijalankan terhadap golongan berisiko tinggi dan mudah dijangkiti wabak serta tidak ketinggalan rakyat biasa.



Katanya, semua rakyat China akan menerima suntikan vaksin COVID-19 secara percuma.

Maut selepas disuntik vaksin, Perdana Menteri Korea Selatan arah siasatan menyeluruh




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading