Kecoh Che Ta ajar Aaisyah bergaya
Oleh Pena Merah
DUA beranak ini kalau bergabung memang kecoh satu dunia.Itu yang berlaku apabila pelakon, Rozita Che Wan digandingkan dengan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana dalam sebuah sesi fotografi baru-baru ini.
Menerusi video yang tular dalam media sosial itu, Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta menegur dan mengajar Aaisyah bergaya.
“Aaisyah berdiri elok sikit, kaki macam gaya rempit kenapa?
“Aaisyah tolong bergaya diam-diam boleh tak? Tudung mummy pun sudah lari,” tegur Che Ta.
Paling membuatkan ramai tidak kering gusi ialah gelagat Aaisyah yang suka bergaya seperti ibunya dengan memakai kasut tumit tinggi dewasa serta bersolek ‘tebal’.
Rata-rata netizen terhibur malah turut menyamakan situasi yang dialami Che Ta menguruskan anak perempuan dengan kehidupan mereka. – Kosmo Online