Khairy tidak berani gelar Kluster Mahkamah PN “Biawak Hidup”
Oleh Adam Malik
Khairy tidak berani gelar Kluster Mahkamah PN “Biawak Hidup”
Menjadi kecoh kisah “UMNO pikul biawak hidup” dimana cubaan Khairy Jamaluddin menyeret Menteri KDN Saifuddin Nasution supaya “endorse” kenyataan Khairy itu didalam satu temubual.
Namun Saifuddin enggan terperangkap lalu berjaya menjawap dengan baik tanpa merosakan hubungan antara Barisan Nasional dan Perikatan Harapan.
Selepas itu, salah seorang ahli MKT Razlan Rafi turut membidas Khairy sebagai “kerbau yang bawa lumpur” lalu habis terpalit semua ahli umno dengan kekotoran yang dibawa oleh Khairy ketika Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri.
Razlan mengimbas kisah lampau Khairy dimana umno hampir jàhanam akibat tindak tanduk nya.
Ketika itu Khairy digelar PM defacto.
Malah seorang penulis dalam negara menerbit sebuah buku berjudul “Kabinet Khairy” untuk menceritakan betapa Khairy menguasai kerajaan sehingga mempengaruhi bapa mertuanya untuk memilih anggota kabinet.
Seorang penulis terkenal yang kini berstatus pelarian juga pada waktu itu menulis cara bersiri berkenaan kelakuan buruk Khairy melalui artikelnya “Khairy Chronicle”.
Tun Mahathir yang sentiasa mahu menjatuhkan kerajaan melihat peluang menjatuh Tun Abdullah melalui Khairy dan isu isu yang dimainkan berkaitan Khairy.
Semalam, Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid telah memberi respon terhadap kenyataan brekaitan UMNO pikul biawak hidup.
Ini bermakna kenyataan Khairy sekadar “attention seekers” yang selektif dalam serangan politiknya.
Ketika BN tumbang Khairy antara paling awal menggesa Datuk Seri Najib Razak berundur.
Sedangkan ia tidak perlu kerana semua ahli umno tahu DSNR orang berprinsip dan akan umum perletakan jawatan pada mesyuarat terdekat.
Keperluan Khairy mendesak adalah semata mata mahu tunjuk kepada pihak “tertentu” dia seiring bersama mereka.
Khairy juga mahu Presiden umno Zahid berundur kerana kes kes yang dicipta oleh Tun Mahathir.
Jika ramai melihat konon nya Khairy hebat dan mahu yang bersih sahaja, tidak juga.
Diketika berderet pemimpin Parti Bersatu didakwa dan didapati ada terlibat dengan banyak kes rasuah dan AMLA Khairy tidak pula ambil pendirian yang sama.
Khairy bacul untuk desak Muhyiddin Yassin supaya berundur kerana menjadi beban kepada Perikatan Nasional.
Muhyiddin banyak kes rasuah dan AMLA.
Selain itu Muhyiddin akibatkan PN gagal menjadi kerajaan apabila silap hitung pelawaan Yang DiPertuan untuk jadi kerajaan.
Muhyiddin sombong ketika itu kerana fikir seorang badut peliharaannya akan berjaya membeli jiwa dan SD dan akan menjadi kerajaan.
Kini akibat kegagalan dan kesilapan Muhyiddin habis semua ustaz dan lebai Parti PAS menjadi pembangkang walau miliki kerusi paling banyak.
Maka lihat lah POV Khairy terhadap politik.
Yang sepatut disuruh undur Khairy tidak berani sentuh dan usik.
Khairy terlihat semacam bijak pandai tetapi setakat hamba abdi kepada kehendak pihak lawan apabila tergolong dalam Kluster Pengkhianat .
Tidak berani langsung mahu mendesak Muhyiddin supaya berundur kerana miliki banyak kes.
Selain itu Khairy tidak berani menegur Muhyiddin apabila sekelompok ahli Parlimen ProMuhyiddin lari keluar Parlimen apabila dicadangkan membahas wang berbilion yang dibelanja ketika PKP dimana ribuan rakyat mati dan kibar bendera putih.
Rumusan nya, usah dipeduli sangat berkenaan Khairy, beliau sedang cuba memikat hati pihak tertentu dengan pendirian nya.
Ini kerana Khairy “partyless” dan perlu bertenggek kepada satu parti pada PRU16.