Arab Saudi mahu tiket wildcard ke UCL

Arab Saudi mahu tiket wildcard ke UCL

Arab Saudi mahu tiket wildcard ke UCL
RONALDO berpeluang untuk kembali beraksi di UCL sekiranya permohonan Arab Saudi di terima oleh UEFA. – AFP

RIYADH – Arab Saudi dilaporkan berusaha untuk mendapatkan tiket wildcard daripada Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) untuk beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara Eropah.

Menurut laporan Corriere dello Sport, Arab Saudi bercadang menghantar juara Liga Profesional Arab Saudi musim ini atas slot wilcard beraksi pada Liga Juara-Juara bagi edisi 2024/2025.

Badan pemikir bola sepak Arab Saudi dikatakan akan memohon UEFA melupuskan struktur semasa kejohanan itu dan menggantikannya dengan format pertandingan baharu melibatkan 36 pasukan.



Ia akan membolehkan setiap pasukan bermain lapan perlawanan sebelum memasuki peringkat kalah mati, sekali gus meningkatkan jumlah perlawanan yang akan membolehkan satu pasukan dari Arab Saudi mengambil bahagian.

Jika permohoanan itu diluluskan oleh UEFA, ia berpotensi menyaksikan nama-nama elit seperti Cristiano Ronaldo yang kini bersama Al-Nassr, Karim Benzema (Al-Ittihad) dan Neymar (Al-Hilal) kembali ke Eropah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Biarkan UMNO Menerima Nasib Yang Sama Seperti Saddam Hussein




Difahamkan, Liga Major Bola Sepak Amerika Syarikat (MLS) juga akan melakukan perkara sama seperti Arab Saudi dengan kemungkinan menyaksikan Lionel Messi bersama Inter Miami beraksi dalam Copa Libertadores musim ini.

Ia selepas Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) dan Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Carribbean (CONCACAF) menandatangani kerjasama strategik yang akan membolehkan pasukan-pasukan dari dua benua tersebut berentap semasa mereka.

Buat masa ini, 10 negara CONMEBOL dan enam pasukan dari zon CONCACAF akan mengambil bahagian dalma saingan Copa America 2024 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat dari 20 Jun hingga 14 Julai. – AGENSI

Arab Saudi mahu tiket wildcard ke UCL


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Hudud akhirnya boleh dilaksanakan di Terengganu?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button