Beri alasan cari wang beli baju raya

Oleh – Syeikh Baran


Beri alasan cari wang beli baju raya
Seorang wanita yang memandu kereta jenis Proton Waja dicekup selepas cuba menyeludup sebanyak 95 liter minyak diesel di tepi jalan Chabang Empat, Tumpat kelmarin. -Foto KPDN

Seorang wanita memberi alasan dia sedang mencari wang bagi membeli baju raya selepas dicekup ketika cuba menyeludup sebanyak 95 liter minyak diesel di tepi jalan Chabang Empat di sini kelmarin.

Suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan oleh sepasukan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan kira-kira pukul 1 tengah hari menerusi Ops Bersepadu Pencegahan Penyelewengan Barang Kawalan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, anggota bertugas mengekori sebuah kereta jenis Proton Waja dipandu suspek sejauh dua kilometer sebelum berjaya menahan kereta tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam kereta itu kemudiannya menjumpai 95 liter diesel di dalam tong jerikin dan tangki tambahan yang telah diubah suai pada kereta tersebut.

“Suspek mengaku telah membuat pembelian pengisian diesel ke dalam tangki kereta tersebut yang diubah suai secara berulang di beberapa stesen minyak sekitar daerah ini.

“Operasi mencegah ketirisan barangan kawalan akan terus dipertingkatkan dalam usaha membendung kegiatan penyeludupan diesel,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker