Terima kasih sokong Harimau Malaya- Pan Gon

Oleh – Syeikh Baran


Terima kasih sokong Harimau Malaya- Pan Gon
PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan mengikat Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E, Piala Asia 2023.-AFP

Jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon mengucapkan tahniah kepada pemain dan rakyat negara ini atas kejayaan Harimau Malaya mengikat Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E, Piala Asia 2023.

Selain itu, Pan Gon turut menghargai sokongan kerajaan dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang disifatkan banyak membantu pembentukan sebuah pasukan yang terbaik bagi memberi saingan di Piala Asia.



“Tahniah pemain dan rakyat Malaysia, kami hargai semua sokongan daripada pihak kerajaan, FAM, kelab, pemain dan juga rakyat Malaysia. Ia perlawanan yang cukup hebat dan sukar untuk kami.

“Pemain memberikan segalanya dalam perlawanan ini. Boleh lihat, Korea menguasai permainan dan pemain saya bergelut untuk menyaingi mereka,” kata Pan Gon dalam sidang akhbar selepas perlawanan di Stadium Al Janoub.

Malaysia menamatkan perjuangan di Piala Asia 2023 dengan menghuni kedudukan keempat Kumpulan E dan meraih satu mata selepas tewas dua perlawanan awal kepada Jordan (0-4) dan Bahrain (0-1).-AGENSI

Sumber – UTUSAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button