Rodri mohon dikecualikan beraksi

 

Oleh Razak Hasan

Rodri mohon dikecualikan beraksi
RODRI (kanan) mahu menggunakan waktu rehat sebaiknya sebelum aksi timbal balik menentang Real minggu depan

Bintang Manchester City, Rodri didakwa telah merayu kepada pengurusnya, Pep Guardiola agar dikecualikan bermain untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Luton Town di Stadium Etihad malam ini.

Rodri dikatakan mula mengalami sindrom kepenatan melampau selepas bermain dalam kesebelasan utama dalam 22 daripada 24 perlawanan terakhirnya untuk semua kejohanan ketika ini.



Pemain tengah bertahan Sepanyol itu merasakan aksi menentang Luton adalah waktu terbaik untuk berehat seketika sebelum kembali cergas sepenuhnya menghadapi Real Madrid bagi perlawanan timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) minggu depan.

Masalah kepenatan jelas kelihatan ketika Rodri membantu City seri 3-3 dengan Real dalam aksi suku akhir pertama UCL di Santiago Bernabeu pada Rabu lalu.

Biarpun Rodri masih merasai kekalahan dalam 65 perlawanan berturut-turut di peringkat domestik dan antarabangsa, namun dia merasakan sudah tiba masanya untuk berehat seketika apatah lagi hanya menentang Luton yang berada di zon penyingkiran liga.

“Saya memerlukan rehat. Kita tunggu dan lihat bagaimana situasinya selepas ini, tetapi itulah yang saya harapkan. Sekarang saya cuma perlu mengubah sedikit jadual dan rutin harian.



“Jujurnya semua orang perlukan rehat termasuklah saya kerana saya percaya kami akan kembali dengan lebih mantap dan bertenaga selepas itu,” kata Rodri.

Sebagai rekod, City kini menduduki tangga ketiga EPL menerusi 70 mata, ketinggalan satu mata di belakang pendahulu liga, Arsenal yang mengumpul 70 mata sama dengan pasukan tempat kedua, Liverpool. – Kosmo Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button