Terkejut 2 bungkus nasi lemak ayam goreng harga RM63.10 di KLIA

Oleh – Syeikh Baran


Terkejut 2 bungkus nasi lemak ayam goreng harga RM63.10 di KLIA
Gambar nasi lemak yang dikongsi oleh @morasaki12 di aplikasi X, semalam.

Seorang lelaki terkejut setelah terpaksa membayar RM63.10 untuk dua bungkus nasi lemak dengan lauk ayam goreng ketika makan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut hantaran @morasaki12 di aplikasi X, jumlah keseluruhan yang perlu dibayarnya bersama cukai adalah sebanyak RM106.95 termasuk dua cawan kopi yang dibeli dengan harga RM29.10.



“Di KLIA tak ada sesiapa pantau harga ke? Dua bungkus nasi lemak sahaja dah berharga RM63.10.

“Adakah ini harga di lapangan terbang? Dalam Nasi lemak tersebut ada ayam koreng, ikan bilis dan sesudu sambal sahaja,” katanya.

Tambah @morasaki12, dia tidak kisah jika perlu membayar harga premium sekiranya makanan tersebut nampak menyelerakan.

“Kalau harga mahal tapi makanan nampak premium saya tak kisah. Tapi lihatlah sendiri, berbaloikah dengan harga RM63.10?,” katanya.



Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berkata, harga makanan yang mahal merupakan satu kebiasaan di lapangan terbang.

“Sebelum beli tu tak periksa harga ke? Kalau tak perisa dulu sebelum makan, memang salah sendiri. Kalau dah periksa tapi masih juga beli, makan sahajalah. Kenapa nak bising-bising?,” soal Naim.

“Pertama kali makan di lapangan terbang ke? RM63.10 untuk dua bungkus nasi lemak adalah harga biasa. Sasaran pembeli adalah pelancong yang hendak makan sebelum berlepas,” kata Anuar.

“Siapa yang cakap murah, ini memang tak patut. Kalau harga RM63.10 itu sepatutnya ayam besar sedikit. Lepas tu padankanlah dengan telur. Barulah berbaloi,” kata @sdxsdchdx.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button