Mahathir sepatutnya hadapi SPRM seperti anak jantan.

Oleh Adam Malik

Setelah sekian lama Tun Mahathir jadi pemangsa , kini giliran beliau pula menjadi mangsa.

Mungkin dengan berlagak sebagai pihak yang telah dianaya maka Mahathir boleh beri persepsi kepada rakyat bahawa beliau tidak bersalah tetapi telah menjadi mangsa kepada musuh politik nya.



Dalam beberapa laporan media semalam, Mahathir menzahirkan rasa tidak puas hati dan telah menghala meriamnya kepada badan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dengan melontar pertanyaan berkaitan Anwar Ibrahim pula.

Namun, mungkin Mahathir terlupa bahawa beliau sendiri pernah dan telah melakukan perkara lebih dasyat kepada musuh politik nya dengan perguna pihak dan agensi kerajaan.

Semua rakyat tahu dari PDRM, SPRM, LHDN bahkan badan kehakiman juga dikatakan telah dipergunakan oleh Mahathir.



Semalam Mahathir mendakwa beliau telah dianggap dan diandaikan sebagai sudah bersalah oleh pihak SPRM dalam siri siasatan terhadap ananknya Mirzan.

Dakwaan Mahathir yang konon beliau belum disiasat tetapi sudah dilabelkan bersalah mengingatkan kita kembali bagaimana ketika beliau berkuasa dan melakukan perkara yang sama terhadap mangsa nya Datuk Seri Najib Razak.

Bahkan, Anwar Ibdahim juga pernah mendapat layanan yang sama ketika kes liwat 1.0 dulu.

Mahathir ketika mahu menjatuhkan DSNR telah hari demi hari menuduh dengan cara konsisten memberi gambaran DSNR telah bersalah mencuri wang 1MDB dan hanya menunggu hukuman sahaja.



Permainan persepsi ini konon nya mudah untuk “program” minda rakyat apabila Najib dihukum walau kes dan cara perbicaraan berlagsung sangat tidak adil dan mencurigakan.

Kes DSNR bukan memberi jawapan, sebaliknya menimbulkan banyak persoalan.

Najib telah dihukum tanpa didapati sebarang bukti dengan ketiadaan saksi utama.
Hakim sekadar menyatakan Najib tidak seharus membelanjakan wang itu sahaja , tetapi bukti Najib beri arahan dalam bentuk “hard evidence” lansung tiada.

Akhirnya wang banyak didapati semula dari proksi proksi dan kroni Mahathir sendiri seperti Zeti Aziz , bank milik Azman Hashim penaung YKP Mahathir dan juga Nor Yakob.



Begittu juga pada kes liwat 1.0 Anwar Ibrahim.

Akhirnya Anwar dijatuhi hukuman kerana salah guna kuasa dan tiada bukti sahih berkenaan liwat, sekadar bawa tilam kemahkamah sahaja.

Namun pada kes “Semburit in Sandakan” semua bukti dan saksi lengkap sedia ada, dari cctv hotel, video dalam bilik, log pada buku daftar hotel, pengakuan pasangan pelaku, namun Mahathir selesaikan di press conference sahaja dengaa kenyataan ” jika tindakan diambil ” conspirator will win”.

Kemudian PDRM ambil que dari situ dan umum video kabur.



Berbalik kepada tajuk diatas dan rungutan Mahathir terhadap siasatan terhadap anaknya dan mengandaikan ia siasatan cara tidak lansung terhadapnya, maka nasigat yang terbaik kepada Mahathir, hadapi sahaja seperti anak jantan.

Jika tidak bersalah apa yang hendak ditakuti?

Dahulu apa sahaja Mahathir cakap rakyat akan telan bulat bulat, namun hari ini tiada siapa peduli dan percaya lagi.

Mahathir kerap sangat laung “serigala datang serigala datang”.



Bila betul betul serigala datang orang kampung buat pekak tidak peduli.

Jadi lah seperti anak jantan, hadapi dengan tabah.

Najib bole hadapi , .Anwar pun boleh , mustahil Mahathir tidak boleh.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button