TitahTambahan  – Imej Kerajaan MADANI akan hancur jika dilihat tidak akur perintah YDPA.

 

Oleh Adam Malik

Isu terpaling panas dan sensasi dalam negara waktu ini adalah berkaitan kisah titah perintah Yang DiPertuan Agong (surat perintah addendum) berkaitan arahan tahanan rumah untuk mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang tidak dibacakan ketika persidangan Lembaga Pengampunan tempoh hari.



Isu mula menjadi panas sebaik sahaja pihak peguam DSNR, Tan Sri Shafie Abdullah membuat sidang media beberapa minggu lepas mengumumkan ada pembuktian dan wujudnya arahan tambahan (Addendum) dari Yang DiPertuan Agong memberi titah atau dekree diRaja agar DSNR dibebaskan dari penjara dan diletak dibawah tahanan rumah (House Arrest).

Walaubagaimana pun titah dan perintah ini didakwa TSSA telah disenyapkan dan diketepikan dari dibincangkan pada sidang pengampunan.

TSSA juga menyatakan bahawa saksi penting yang tahu akan hal ini akan memberi keterangan sebaik sahaja tuan punya badan pulang dari mengerjakan umrah.

Hari ini ternyata Presiden UMNO dan Tengku Zafrul telah mengesahkan menlihat dan menyaksi sendiri dokumen tambahan yang ada cop dan tandatangan pihak YDPA.



Persoalan sekarang, siapakah gerangan pihak yang tidak persembahkan atau tidak membawa titah dan araahan diRaja ini untuk dilaksanakan?

Malah seperti disebut dan disoal oleh TSSA “siapa sembunyi titah tambahan ini?”.

Titah dan perintah YDPA adalah arahan yang perlu diakur dalam sistem kerajaan demokrasi Raja berperlembagaan .



Kesetian kepada Raja adalah rukun kedua dalam Rukunb
Negara

Kerajaan MADANI akan mendapat nama busuk jika gagal menjawab isu ini.

Sama ada dikira engkar kepada arahan Duli YDPA atau didakwa cuai dalam urusan perkara ini.

Maka atas sebab ini ,Kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim harus segera mengikut arahan rasmi YDPA atau segera menyiasat bagaimana hal titah Duli YDPA boleh tercicir.



Jika ada sebarang bukti ia kerja anarki, maka dakwa lah siapa siapa yang terbabit.

Jika ia akibat kecuaian segera mohon maaf dan bebaskan DSNR dan letak kan dibawah tahanan rumah seperti yang dititahkan.

Jika tidak , Kerajaan MADANI akan sukar hadapi PRU kerana berstatus engkar titah YDPA.

Malah mingkin lebih teruk jika didakwa anti monarki akibat akur kepada DAP.



Ini menyukarkan Anwar dan PKR di PRU ,bahkan di PRK Kuala Kubu Baru juga berkemungkinan isu tolak perintah YDPA mungkin dimainkan oleh pihak tertentu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button