Amerika Minta Iran Benarkan Israel Serang Balas Demi Menjaga Maruah Israel

Amerika Minta Iran Benarkan Israel Serang Balas Demi Menjaga Maruah Israel

Amerika Minta Iran Benarkan Israel Serang Balas Demi Menjaga Maruah Israel

 

Pelik tapi benar.

Tetapi itulah realitinya sekiranya apa yang dilapurkan oleh majoriti.com adalah benar.



Majoriti mendakwa, The Cradle melapurkan Amerika telah meminta Iran supaya membenarkan Israel melakukan serang balas demi untuk menjaga maruah negara haram tersebut.

Seorang pegawai keselamatan Iran memberitahu serangan itu adalah sebagai simbolik menjaga maruah Israel susulan serangan misil dan dron republik Islam tersebut pada Ahad lalu.

Teheran bagaimana pun menolak usul itu dan mengulangi pendirian bahawa sebarang serangan Israel akan menerima padah yang lebih buruk.

Respons itu disampaikan terus oleh pegawai Kor Pengawal Revolusi Islam Iran kepada wakil Switzerland di Teheran yang mewakili Amerika.



Keputusan itu menunjukkan amaran keras yang ditujukan kepada Amerika.

“Iran berjaya memalukan rangkaian radar dan sistem antimisil AS dan rejim.”

“Malah Amerika turut gagal mengekang serangan, walaupun menggunakan satelit bagi melindungi kepentingannya,” menurut lapuran The Credle.

Amerika bagaimana pun enggan memberikan sebarang respon mengenai apa yang telah dilapurkan.



Belum pernah terjadi di dalam sejarah peradaban dunia, sebuah negara merdeka yang berdaulat memberi keizinan kepada sebuah negara haram menyerang tanpa sebarang tindak balas.

Permintaan Amerika itu adalah untuk menjaga maruah dan air muka Israel.

Bagaimana pula dengan negara dan rakyat Palestin yang selama ini dibunuh, dizalimi dan dihalau dari tanah air mereka sendiri.

Apakah bagi Amerika, hanya regim Zionis sahaja yang mempunyai maruah dan rakyat Palestin tidak mempunyai maruah.



Realitinya, regim Zionis Yahudi sebenarnya yang tidak mempunyai maruah kerana menubuhkan sebuah negara haram atas tanah air orang lain.

Dan keangkuhan mereka semakin hari semakin melampau kerana sokongan kuat dari Amerika.

 

Amerika Minta Iran Benarkan Israel Serang Balas Demi Menjaga Maruah Israel

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button