Bila Mahathir Mula Meroyan

Bila Mahathir Mula Meroyan

Bila Mahathir Mula Meroyan

 

Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan SPRM berhubung dakwaan siasatan terhadap kekayaannya.

Beliau juga mempersoalkan sama ada SPRM ada mengambil tindakan yang sama seperti yang telah diambil ke atas anak-anaknya.



SPRM kini sedang dalam proses menuntut pengisytiharan aset daripada dua anak Dr Mahathir, Mokhzani dan Mirzan.

Bagaimana pun, sebelum ini, Mokhzani dan Mirzan mendakwa tindakan SPRM ke atas mereka adalah bertujuan untuk menyiasat Dr Mahathir.

Setakat ini SPRM belum lagi memberikan respon ke atas dakwaan kedua-dua anak Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata bahawa notis SPRM yang dihantar kepada Mirzan menyatakan SPRM mendapati beliau telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM.



Ia berkaitan kesalahan penyalahgunaan kuasa.

“Setakat saya tahu saya tidak pernah disiasat.”

“Tetapi notis SPRM menyatakan saya melaku kesalahan.”

“Ini bermakna hingga sekarang saya belum didapati bersalah.”



“Jika SPRM ada bukti tunjuklah,” dakwa Dr Mahathir.

Dalam kenyataan yang sama, Dr Mahathir turut menimbulkan persoalan mengenai kekayaan Anwar.

Dakwaan beliau itu merujuk kepada akuan berkanun oleh bekas penolong gabenor Bank Negara Abdul Murad Khalid pada Oktober 1999.

SPRM pada Januari lalu berkata bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum ini telah menyiasat dakwaan terhadap Anwar itu ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri.



Siasatan mendapati tiada kes terhadap Anwar.

Dr Mahathir bagaimanapun tidak berpuas hati dengan perkara ini.

“Walaupun Anwar tidak didapati bersalah, kenapa statutory declaration (akuan berkanun) Murad tidak ditarik balik?” soal Dr Mahathir.

Untuk rekod, pada tahun 2012, Murad sudah pun menarik balik akuan berkanun tersebut.



Cukup-cukuplah tu.

Kalau memang yakin tidak bersalah, beri sahaja kerjasama sepenuhnya dengan pihak SPRM.

Tidak perlu meroyan dengan cuba untuk mengalih perhatian umum kepada kes yang sebenarnya sudah lama ditutup.

 



Bila Mahathir Mula Meroyan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button