Saya tak baik tapi bukan munafik
Oleh – Syeikh Baran
Pelakon Bella Astillah mengundang persoalan ramai apabila menzahirkan satu kenyataan pedas, kononnya dia bukanlah individu bersifat munafik apatah lagi berpura-pura baik.
Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 29, berkata demikian dalam satu hantaran Instagram hari ini namun tidak memperincikan punca atau merujuk kenyataan berkenaan terhadap sesuatu perkara secara khusus.
“Mungkin saya bukanlah orang yang baik dan saya tak perlu dianggap baik.
“Akan tetapi paling tidak saya ‘tidak munafik’ dengan berpura-pura baik,” katanya ringkas.
Meskipun tidak menyatakan punca mahupun menujukan kepada mana-mana pihak, rata-rata netizen berpendapat hantaran tersebut adalah mengenai kemelut rumah tangganya dengan penyanyi, Aliff Aziz ketika ini.
“Ada orang itu banyak sangat ‘bunyi’. Jangan sampai Bella dedahkan semua bukti kecurangan.
“Teruskan jadi diri sendiri Bella, tak perlu berlagak suci dan gunakan agama untuk nampak baik ya,” komen netizen.
Terdahulu, Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka dalam media sosial baru-baru ini.
Dia turut mendedahkan dengan mendakwa Aliff pernah menjalin hubungan cinta bersama adik perempuanya, Eriqa Astillah.
Sebelum itu, Aliff juga pada 8 Mac lalu ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di
Ibu negara.
Tidak tahan kerap dicurangi sebanyak 11 kali, Bella seterusnya nekad memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Sumber – KOSMO! ONLINE