Affidavit Zahid bikin Anwar “off guarded” dan terpaksa bersilat

Oleh Adam Malik

Affidavit Zahid bikin Anwar “off guarded” dan terpaksa bersila.

Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi telah membuat pilihan anak jantan apabila sanggup menjadi saksi dengan affidavitnya dimahkamah berkenaan Titah tambahan (addendum) Yang diPertuan Agong yang menitahkan supaya DSNR diletak dibawah tahanan rumah bagi menghabiskan baki tempoh hukuman nya.



Dengan perakuan bertulis Ahmad Zahid , sekaligus membuktikan beliau sanggup ambil risiko persahabatannya dengan Datuk Seri Ahwar Ibrahim dan memilih kebenaran.

Ini sekaligus membuat Anwar Ibrahim tersepit dan terpaksa bersilat dan bertaichi untuk menjawab rasional mengapa beliau dan partinya tidak menurut perintah dan dekree DiRaja itu.

Pada awalnya pihak kerajaan terutamanya dari PKR cuba berdiam diri dan seolah olah menafikan wujudnya dekree itu.

Ini termasuklah kenyataan yang telah dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution.



DSAI juga pada awalnya cuba “downplay” hal ini dan berharap ia berlalu pergi begitu sahaja.

Namun, tanpa diduga kepimpinan UMNO secara sulit telah adakan perbincangan sesama sendiri, bahkan ada yang sanggup kepejabat Istana untuk ” verified” hal dekree ini.

Kemudian beberapa pemimpin UMNO adakan perbincangan, termasuk Naib Presiden UMNO Datuk Wan Rosdy untuk buat langkah seterusnya..

Akibatnya , itulah yang terjadi, seluruh negara sudah mengetahui dan sekarang memberi tumpuan kepada isu ini.



Rentetan hal ini, DSAI mula berubah kenyataan dari “tidak tahu” kepada menyerah kepada Lembaga Pengampunan pula untuk menentukan.

Pendirian DSAI amat pelik sejali.

Ketika badan Kehakiman dan Ketua Hakim membuat keputusan kontroversial berkaitan “Hakim National Embarrassment” DSAI ssnggup akur dan mudah menerima keputusan itu, walaupun keputusan itu dapat kecaman ramai rakyat.

Namun, apabila ada dekree dari YDPA , DSAI tidak pula terus akur dan meherimanya seperti mana beliau akur kepada keputusan Ketua Hakim.



Apapun, yang terjadi hari ini jelas terlihat, DAZH sanggup merisiko kan persahabatan dengan DSAI dan memilih untuk berpihak kepada kebenaran dengan affidavitnya.

Ini mudah untuk masa depan dimana nanti bila muncul isu ini berbangkit DAZH telah melaksana amanahnya dan berasa lega.

Konklusi peringkat awal kita boleh lihat bagaimana status “Derhaka” sedang menunggu pihak pihak yang tidak akur dan bagaimana nanti mereka mahu behadapan dengan rakyat sebagai kerajaan apabila ada kes dari pihak lain yang menyerang institusi Raja dan menderhaka kerana mereka sendiri ada rekod menderhaka.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button