Lateefa Koya – Negara sudah jadi Banana Republic ketika kamu dedah bualan pemimpin negara.

 

Oleh Adam Malik.

Kepada Lateefa Koya – Negara sudah jadi Banana Republic ketika kamu dedah bualan pemimpin negara



Usahlah hendak tambah asam dan garam pada polimik pekung sembunyi titah Yang DiPertuan Agong mula tersebar.

Isu induk cuba sembunyi titah YDPA sudah pun memadai untuk membuktikan kerja anarki dan penderhakaan telah berlaku.

 



“The act already took place”.

Sama ada negara miliki peruntukan untuk tahanan rumah atau tidak ia adalah isu “secondary”.

“Prime issue” adalah cara melayan titah pada addendun itu.

Pertama, cubaan sembunyi sudah ada, kedua sifat tidak taat setia sudah jelas.



Apa apa jawapan dan kenyataan selepas nya ada lah sekadar “damage control” sahaja.

Untuk Lateefa Koya menyatakan negara akan jatuh taraf “banana republic” jika Datuk Seri Najib diletak bawah tahanan rumah adalah satu “understatement”.

Negara sudah lama jatuh kelembah hina sebaik sahaja kerajaan Barisan Nasional tumbang.



Ketika slepas menang kerajaan baru dimana Lateefa Koya sendiri jadi anggota kerajaan yang dapat menjadi Ketua SPRM.

Lantikan untuk ahli politik kepartian.

Kemudian berjuta juta pengundi ditipu pemerintah dengan Manifesto “kencing rakyat”.

Kemudian apabila kes 1MDB SRC DSNR bermula habis semua muncul perkara perkara memalukan negara.



Mereka yang terpalit miliki wang ratusan juta di Singapura sehingga kini masih belum lagi didakwa.

Hakim terbabit ada kes rasuah disiasat SPRM juga masih terleps dari didakwa.

Malah terus menjadi hakim menjatuhkan hukuman kepada DSNR.

Itu lah contoh negara “republik pisang” yang kamu maksudkan agaknya.



Untuk “topping on the cake” sebagai contoh Republik Pisang kamu, kes pendedahan bualan prmimpin negara kamu dedahkan kepada dunia.

Sedang negara lain juga mengintip lebih canggih tapi merahsiakan dapatan intipan mereka.

Sehingga hari ini negara kita tidak dipercayai.

Pemimpin dunia takut hendak buat panggilan melabur kerana kuathir bualan di intip.

Lebih dasyat lagi intipan dibuat ketika DSNR masih lagi jadi Perdana Menteri.

Bualan didedah kerana kes terhadap DSNR terlalu lemah dan ketiadaan bukti sehingga terpaksa di”boost” dengan dedah bualan untuk kerja kerja racun minda rakyat.

Bualan didedahkan juga tidak sepenuh nya kerana ada bab yang membuktikan DSNR berkata benar

Siapa agaknya yang memberi arahan kepada pegawai untuk mengintip Perdana Menteri?

Jadi, tidak perlu lah untuk masuk frame buat kenyataan semata mata takut DSNR dibebaskan.

Melihat cara DSNR dibicarakan, satu hari pun beliau tidak layak berada dalam penjara.

Sekadar beri peringatan, kita sudah pun menjadi Negara Banana Republic sebaik sahaja BN tumbang.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button