Budak perempuan muntah darah makan coklat tamat tempoh

Oleh – Syeikh Baran


Budak perempuan muntah darah makan coklat tamat tempoh
Seorang budak di Patila, India didapati mengalami muntah darah selepas memakan coklat tamat tempoh. Foto Agensi

Seorang budak perempuan mengalami muntah darah selepas memakan sebungkus coklat yang telah tamat tempoh dibeli oleh saudaranya di sebuah kedai runcit di Patila, India

Bagaimanapun, keadaan kesihatan kanak-kanak berusia setahun dikatakan semakin kritikal selepas dia dimasukkan ke sebuah hospital tempatan di Punjab baru-baru ini.



Semasa kejadian, kanak-kanak itu pergi ke Patiala bersama ibu-bapa untuk mengunjungi rumah saudara-mara mereka di sana.

Semasa di sana, salah seorang saudaranya membeli sebungkus coklat dari sebuah kedai runcit dan memberikan sebagai hadiah kepadanya.

Bagaimanapun, selepas memakan coklat itu, dia tiba-tiba muntah darah dan terus dibawa ke Kolej Perubatan Kristian untuk menerima rawatan lanjut.

Hasil ujian awal mendapati dia memakan coklat yang tercemar atau telah tamat tempoh sehingga menyebabkan keracunan makanan atau muntah darah.



Susulan kejadian itu, anggota dari jabatan kesihatan negeri pergi menyerbu sebuah kedai runcit terbabit dan merampas makan ringan lain yang didapati telah tamat tempoh.

Hasil soal siasat pemilik kedai itu mendapati dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai produk makanan yang tamat tempoh.

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button