Kes tembak KLIA: Hafizul akan didakwa esok
Oleh – Syeikh Baran
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu esok.
“Tertuduh akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu esok,” katanya ketika dihubungi.
Media sebelum ini melaporkan, Hafizul Hawari, 38, disambung reman lima hari bermula hari ini sehingga Sabtu ini.
Tempoh tahanan reman terhadap Hafizul dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Dalam kejadian jam 1.20 pagi 14 April lalu, dua das tembakan dilepaskan suspek di balai ketibaan yang terletak di aras tiga KLIA.
Suspek dipercayai cuba menembak isterinya dengan menggunakan sepucuk pistol ketika wanita itu menunggu jemaah umrah pulang dari Tanah Suci di Balai Ketibaan Antarabangsa bersama dua pengawal peribadi.
Bagaimanapun, salah satu das tembakan itu mengenai pengawal peribadi isteri suspek dan suspek berjaya ditahan di Jalan Bayam, di sini, selepas 36 jam melarikan diri.
Sumber – BERITA HARIAN