Titah Addendum – Kenyataan dan pendirian Anwar didorong pemegang saham terbesar Pakatan Harapan.

Oleh Adam Malik

 

Isu Titah DiRaja yang diketepikan dan cuba disembunyikan  oleh Kerajaan dan kini menjadi bualan seluruh negara , masih hangat untuk terus dibincangkan.



Pada isu besar ini dua sahabat baik dan sekaligus pemegang jawatan didalam Kerajaan yang sama terpaksa mengambi posisi dan pendirian masing masing.

Ahmad Zahid Hamidi walau berjawatan Timbalan Perdana Menteri terpaksa melakukan apa yang terbaik dan sepatutnya ia itu berpihak kepada parti dan mantan Presiden UMNO dengan menyokong saman yang dikemukankan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Sambil itu DAZH juga memfailkan Affidfavit berkaitan hal yang sama atas kapasiti nya sebagai Presiden UMNO.

Jika DAZH berpendirian sebegitu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim pula berpendirian menolak apa yang dituntut oleh Datuk Seri Najib Razak dan DAZH.



Ini sangat mudah difahami kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendirian sebegitu.

Kerajaan dipimpin oleh DSAI didokongi oleh komponen komponen yang memiliki lebih banyak kerusi dan hampir sama jumlahnya dengan jumlah kerusi yang dipegang oleh parti DSAI.

Atas sebab ini, DSAI harus mengambil pendirian yang memuaskan hati mereka mereka ini.

Semua mengetahui badan badan  NGO dan entiti seperti Bar Council berpihak kepada siapa didalam hal Titah Addendum ini.



Begitu juga dengan beberapa badan badan yang nama nama mereka seperti ada merit tetapi penuh kekotoran dan sangat berat sebelah.

Mereka muncul bila ada kepentingan mereka terusik atau terganggu.

Mereka mereka ini lah yang ada dibelakang parti komponen yang menyokong Anwar.

Maka, kita faham lah pilihan pendirian DSAI dalam isu Titah Addendum DiRaja ini.



Anwar terpaksa akur kepada pemegang saham terbesar didalam Pakatan harapan.

“Legal fraternity” ada lah tempat mereka berkampung dan juga kubu kuat mereka.

Disini “keadilan” jadi perkara nombor dua, yang utama ada lah pendirian politik mereka.

Ini boleh disaksikan apabila mereka sanggup turun kejalan raya untuk pertahankan seorang hakim ada babit rasuh dan Contempt of Court dari didakwa.



Ini atas sebab pendakwaan itu boleh meruntuhkan kes terhadap DSNR.

Antara alasan diberi untuk halang Hakim didakwa, mereka guna alasan “Separation of Powers”.

Kita tidak tahu apa kaitan sebuah kes jenayah dengan SoP.

Namun, apabila satu Titah diRaja yang mana sememang hak mutlak Yang DiPertuan Agong tiba tiba terma Separathion of Powers untuk monarki seolah olah tidak wujud pula.



Begitulah cara mereka spin sesuatu isu ikut selera mereka.

Berbalik kepada topik diatas, amat mudah difahami kepada pihak mana DSAI akan condong.

Lihat sahaja pada awal isu cuba disembunyi dan disenyapkan.

Apabila sudah terbarai dan terededah jadi pengetahuan awam baru cubaan memperbaiki kerosakan dilakukan.

Menjawab bahawa titah tidak valid atau tidak perlu dilayan kerana Lembaga Pengampunan lebih berhak menentukan sebagai menutup persoalan titah disembunyikan.

Namun, isu asal , kenapa cuba sorok terus tidak dijawab.

Maka, rumusan nya amat mudah kenapa sebagai Perdana Menteri DSAi lebih  condong mengambil pendirian sedemikian, ia semata mata kerana pemegang saham terbesar Pakatan Harapan yang menentukan jawatan Anwar, bukan UMNO atau Najib.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading