LHDN tarik balik rayuan yang difailkan tuntut RM1.03 juta dari Nooryana Najib

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menarik balik rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan di sini berhubung saman bagi mendapatkan RM10.3 juta cukai pendapatan daripada Nooryana Najwa Najib.

Ketika dihubungi, peguam yang mewakili Nooryana, Wee Yeong Kang berkata LHDN berkata, tindakan LHDN itu bermakna kes yang sepatutnya berlangsung di Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini tidak diteruskan.

“LHDN memfailkan notis penarikan Isnin lalu (3 Oktober) yang menyebabkan rayuan dikeluarkan daripada senarai,” katanya.



Oleh itu, Yeong Kang berkata, isu membabitkan LHDN dan Nooryana telah diselesaikan namun peguam itu enggan mendedahkan jumlah atau kaedah penyelesaiannya.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading