Gesa ambil peluang kemasukan Tesla

Gesa ambil peluang kemasukan Tesla

Gesa ambil peluang kemasukan Tesla
PELANCARAN kereta SUV Tesla di Kuala Lumpur, kelmarin. Kehadiran Tesla bakal menjana peluang pekerjaan dan memacu

DALAM memposisikan kedudukan negara di ekosistem global, masyarakat perniagaan terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu mengambil peluang jangka panjang kemasukan Tesla ke pasaran Malaysia.

Penganalisis Ekonomi, Prof Dr Aimi Zulhazmi Mohd Rashid berkata, Tesla dengan kemampuannya sebagai pengeluar kenderaan elektrik (EV) utama dunia bakal membawa banyak kebaikan terutama dalam meletakkan negara khususnya Selangor di dalam rantaian nilai bekalan global mereka.

Katanya, perusahaan automotif mempunyai rantaian nilai yang besar, sekiranya PMKS tempatan mampu memberikan perkhidmatan dan sokongan pembuatan yang berkualiti dan berdaya tahan maka pasti ada peluang untuk membekalkan perkhidmatan bukan saja kepada Tesla, malah kepada industri automotif EV di peringkat antarabangsa.



“Ia juga memberikan kesan positif kepada tenaga buruh negara dengan peluang pekerjaan yang memerlukan kemahiran tinggi yang dimiliki graduan negara.

“Selain itu, ia juga membantu membolehkan negara mendapat pemindahan teknologi tinggi.

“Malah, kedudukan Selangor yang mempunyai jaringan logistik dan pengangkutan lengkap iaitu kereta api, lebuh raya, pelabuhan dan lapangan terbang bakal mendapat manafaat dan keyakinan syarikat multinasional lain dengan langkah yang diambil oleh Tesla,” katanya.

Menurutnya, sudah pasti negara mahukan pelaburan bernilai yang disertai dengan perpindahan teknologi tinggi dan bukannya pelaburan yang mengeksploitasi buruh murah dan bahan mentah yang terdapat di Malaysia.



Beliau berkata, dengan adanya perancangan strategik seperti Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), ia mampu meletakkan Malaysia sebagai negara pilihan di Asia terutamanya Asia Tenggara untuk pengeluaran EV.

Gesa ambil peluang kemasukan Tesla


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saravanan Akan Di Panggil SPRM

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading