“Kluster mahkamah” yang lari dari Parlimen ketuai kempen Perikatan Nasional
Oleh Adam Malik
Memang benar jika diperhatikan sejak kebelakangan ini , amat jarang atau hampir tidak kedengaran lansung panggilan atau ejekan terhadap Barisan Nasional atau UMNO sebagai “Parti Penyamun”
Ini amat mudah difahami kerana puak puak yang menjadi musuh UMNO , seperti Tun Mahathir , Tun Daim, Muhyiddin Yassin dan Parti PAS semua telah terpalit dengan dakwaan mencuri, rasuah, penyelewengan dan AMLA.
Bukan setakat mereka sahaja, bahkan turut terpalit dari kalangan mereka adalah anak beranak , isteri isteri dan juga menantu mereka.
Maka tidak hairanlah panggilan Penyamun terhadap pemimpin BN dan UMNO sudah tidak kedengaran lagi.
Jika ada sitro atau penyokong mereka yang cuba mengejek lagi, maka tidak cukup tanah untuk mereka menjawab umpama mereka meludah kelangit.
Terkini, dalam perkembangan berkenaan Pilihanraya kecil Kuala Kubu Baru, terdapat pertandingan Empat Penjuru.
Dua calon bebas akan menentang dua “main contender” dari Pakaran Harapan dan Perikatan Nasional.
Apa yang menarik adalah Kempen PN diketuai oleh Pengerusi PN TanSri Muhyiddin Yassin.
Untuk maklum , TSMY telah terpalit dengan banyak kes yang telah pun ada tarikh bacaan kes dimahkamah.
Jika pada PRU, PRK atau PRN yang diadakan sebelum ini, isu Presiden UMNO, Datuk Ahmad Zahid ada kes mahkamah atau digelar “Kluster Mahkanah” akan dimainkan oleh pihak lawan.
Bahkan nama mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga akan dipetik sebagai “Kluster mahkamah” semata mata mahu nemburukan BN dan UMNO.
Kini dengan izin Allah, hal sudah pulang kembali kepada pihak yang mengejek BN.
TSMY dilihat memberi ucapan pada kempen KKB ini.
Sebagai sorang individu yang tercemar dan terpalit dengan banyak kes menjadi wajah hadapan kempen PN menjadi tidak wajar dan akan memberi teladan buruk kepada masyarakat.
Muhyiddin sepatut berundur jika diguna lojik yang pernah dilontar kepada parti umno ketika mereka mahu Zahid berundur untuk digantikan dengan pemimpin baru yang mahu sujud kepada Tun Mahathir.
Kini, PN sendiri mengguha Muhyiddin sebagai maskot dan Poster boy di KKB.
Apapun , ini semua adalah hak PN untuk lantik sesiapa pun sebagai ketua kempen.
Selain menjadi “Kluster mahkamah” individu individu ini juga adalah kelompok yang lari dari Parlimen apabila dicadangkan untuk membahas perbelanjaan berbilion Ringgit wang rakyat ketika darurat PKP.
Persoalan besar , adakah rakyat akan bersekongkol dan menjadi munafik untuk setuju akan hal ini, sedangkan mereka dulu konon nya berprinsip dan menolak BN atas sebab ada “Kluster mahkamah” bersama BN.