Ada yang dapat tahanan rumah, kenapa Najib tidak dapat?

Oleh Adam Malik

 

Ada yang dapat tahanan rumah, kenapa Najib tidak dapat



Keadaan isu titah tambahan (addendum) Yang DiPertuan Agong yang tidak dilaksanakan oleh kerajaan untuk Datuk Seri Najib Razak menjadi semakin mengelirukan.

Jika alasan untuk tidak akur arahan YDPA adalah kerana tiada akta diperuntukan untuk tahanan rumah, maka alasan dan jawapan ini sudah tidak terpakai lagi.

Malah boleh juga dikatakan sebagai cubaan menipu.

Atau, boleh dianggap alasan untuk menutup kesipuan dengan hasrat untuk “Damage control”.



Hasil laporan dan siasatan para netizen,rupa nya sudah ramai banduan telah pun mendapat faedah tahanan dirumah dan juga pengampunan.

Malah ada juga netizen mempamirkan peruntukan untuk membebaskan DSNR atau diberi tahanan rumah (House arrest).

Seorang pemerhati pempengaruh dan pengktitik politik Yang mengguna nama Lim Sian See telah mendedahkan hak hak yang dinafikan kepada DSNR ini didalam lontaran Facebook nya.



Jika seorang banduan yang mengandung pun dapat tahanan rumah tanpa titah addendum sekadar budi bicara mahkamah sahaja, kenapa DSNr yang sudah ada perintah DiRaja masih tidak dapat hak itu?

Apa rasionalnya?

Keadaan dan kedudukan sebegini lah antara faktor rakyat tidak percaya kepada kes 1MDB dan sekaligus pelabur tidak percaya kepada kerajaan.



Sesuatu perlu dilakukan dan pihak yang terbabit perlu menjawab isu ini dengan kadar segera.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button