Kerusi pesawat rosak, ketua polis di India terima pampasan RM12,000

Oleh – Syeikh Baran


Kerusi pesawat rosak, ketua polis di India terima pampasan RM12,000
GAMBAR fail menunjukkan sebuah pesawat Singapore Airlines di Lapangan Terbang Changi, Singapura. – Foto AFP

Singapore Airlines diarah membayar pampasan sebanyak 213,585 rupee (RM12,196) kepada seorang ketua polis dan isterinya kerana menyebabkan mereka berasa tidak selesa semasa menaiki pesawat milik syarikat penerbangan itu, lapor laman berita Wion News hari ini.

Pembayaran ganti rugi itu berpunca daripada masalah pada fungsi kerusi di dalam pesawat tersebut.



Ia menyebabkan pasangan berkenaan menyaman Singapore Airlines kerana memberikan tempat duduk kelas perniagaan yang rosak semasa perjalanan mereka ke Australia.

Ketua Polis negeri Telangana, Ravi Gupta, terbang bersama isterinya dari Hyderabad ke Australia dan transit melalui Singapura.

Semasa penerbangan, pasangan itu mengadu bahawa ciri kerusi sandar automatik tempat duduk mereka tidak berfungsi.

Masalah tersebut menyebabkan pasangan itu berasa kecewa semasa penerbangan mereka selama lima jam. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button