Apa motif Majlis Peguam? Kenapa kerajaan takut bertindak?

Oleh Adam Malik

Apa motif Majlis Peguam? Kenapa kerajaan takut bertindak?

Pendirian yang diambil oleh Majlis Peguam mendatangkan kemarahan dan persoalan dari banyak pihak.



Jika kerajaan Anwar Ibrahim benar benar mahu ambil tindakan terhadap mereka yang menodai undang undang berkenaan 3R maka tindakan seharus diambil terhadap Presiden MajPeg atau MajPeg  itu sendiri.

MajPeg telah secara tidak langsung telah menghina Yang DiPertuan Agong  apabila membuat tindakan mencabar kuasa dan prerogatif yang YDPA dalam membuat keputusan untuk memberi keampunan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

“Jika kerajaan boleh bertindak terhadap Papagomo dan Chegu Bard kerana memfitnah YDPA, kenapa tiadatindakan terhadap MP?” tanya Zahid Ibrahim.



Adakah kerajaan mengamalkan dwi standard apabila mengambil tindakan?

Persoalan lain, adakah tindakan MP mendapat restu ahli ahli nya?

Presiden Parti Makkal Sakti , RS Thanentiran pula secara tidak berselindung terus menyatakan MP kini berada didalam kedudukan hipokrasi tahap dewa dengam tindakan nya.



 

Benar juga apa yang diandaikan oleh Thanentiran kerana MajPeg sangat selektif dalam tindakan nya dan sangat bermotif politik.

Ini boleh dilihat MajPeg hanya muncul jika kepentingan “tuan” politiknya tergugat.



MP sanggup kerah ahli ahli MP turun berdemo apabila seorang Hakim hendak didakwa kerana rasuah.

Ini sangat jelas satu tindakan politik berselindung dibelakang terma  “Separation of Power” konon nya.

Apa kaitan melakukan rasuah dan langgar etika kehakiman dengan Separation of Powers pun kita tidak tahu.

Jelas sekali sembunyi belakang terma undang undang untuk selamatkan seorang hakim demi takut kes terhadap DSNR akan runtuh kerana kesalahan seorang hakim.



MP juga berlagak pekak badak apabila terdapat isu memo bocor pejabat Peguam Negara yang mengesahkan siasatan dapati tiada kes terhadap DSNR tetapi tetap didakwa juga dengan bantuan set set individu yang menjadi Pak Sanggup untuk mengikut skrip.

Selain itu MajPeg tidak mendesak supaya siasatan yang sudah lengkap terhadap  bekas Gabenor Bank Negara yang telah pun berada di Pejabat AG untuk diambil tindakan pendakwaan.

Ini kerana mereka tahu kes terhadap DSNR akan menjadi lemah dan teralih dan tertumpu kepada pemilik wang RM700 juta yang ramai percaya membabitkan dua tokoh besar dibelakang mereka.

Kini apa sebenar motif MajPeg?



Jika hendak berpolitik jadi lah Gentleman dengan ceburi politik.

Jangan sembunyi belakang entiti bernama Majlis Peguam. Kerana intrpretasi undang undang tidak diterjemah dengan jujur sebaliknya mempamir wajah hodoh pengamal undang undang, dan lebih dasyat lagi Majlis Peguam dilihat sebagai Badan hipokrit yang memakai jubah undang undang.

Usah tambah parahkan lagi imej keadilan negara setelan badan kehakiman juga dilihat oleh rakyat sebagai alat politik pihak tertentu.

Para Pelabur akan takut dengan hal hal sebegini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button