Liga Remaja La Liga medan ‘ubi cilik’ menyerlah

Liga Remaja La Liga medan ‘ubi cilik’ menyerlah

Liga Remaja La Liga medan ‘ubi cilik’ menyerlah
DANIEL (kanan) menyerahkan jersi kepada delegasi Laliga di Malaysia, Adrian Prol.

KUALA LUMPUR – Penganjuran Liga Remaja La Liga 2024 dan Kejohanan Remaja La Liga 2024 yang bakal dianjurkan pada Jun depan dijangka memeriahkan arena bola sepak tempatan dalam usaha mencungkil bakat-bakat muda tanah air.

Dua kejohanan yang mendapat ‘sokongan’ daripada Kementerian Pendidikan Malaysia ini bakal menjanjikan platform terbaik bagi pemain-pemain muda tempatan menyerlah di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Kejohanan itu bakal menampilkan 100 pasukan membabitkan enam kategori dengan dibahagikan kepada dua divisyen, sekali gus bakal menyajikan perlawanan menarik di peringkat bawah umur.



Pengarah Urusan Sambill Park, Daniel Wong berkata, kejohanan itu adalah platform untuk pemain muda mempamerkan bakat masing-masing sebelum diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Kami teruja untuk menampilkan dua saingan berprestij ini, Liga Remaja Laliga dan Kejohanan Remaja Laliga yang menyediakan platform terbaik buat anak muda meraih peluang dan berkembang,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Majlis Peguam Saman Siapa Sebenarnya?




Sementara itu, delegasi La Liga di Malaysia, Adrian Prol berharap kejayaan dapat diraih menerusi penganjuran yang diadakan di Malaysia buat julung kalinya.

“Selepas kejayaan tiga edisi Kejohanan Remaja La Liga sebelum ini, kami berbangga dapat meneruskan dan mengembangkan lagi sokongan kami terhadap bola sepak akar umbi di Malaysia dengan memperkenalkan buat julung kalinya, Liga Remaja La Liga.

“Meskipun perjalanan masih jauh, projek seumpamanya mampu mencipta keajaiban yang dibawakan La Liga buat semua peminat bola sepak di Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Liga Remaja La Liga medan ‘ubi cilik’ menyerlah

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Permohonan Tengku Zafrul Failkan Afidavit Tambahan Di Tolak Mahkamah

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button